BISNES
BNM kekalkan OPR pada 2.75 peratus
BNM kekalkan OPR pada 2.75% selepas mesyuarat MPC hari ini, mengekalkan dasar monetari semasa di tengah perkembangan ekonomi semasa.
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras 2.75 peratus, susulan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) yang bersidang hari ini.
Ringkasan AI
BNM dalam kenyataan memaklumkan keputusan itu selari dengan penilaian terhadap prospek pertumbuhan ekonomi dan inflasi yang kekal sederhana, di samping persekitaran global yang masih berdepan ketidaktentuan.
Menurut bank pusat itu, pertumbuhan global bagi tahun 2025 dijangka lebih tinggi daripada jangkaan awal, dipacu tarif yang lebih rendah daripada anggaran, perbelanjaan teknologi berkaitan kecerdasan buatan serta sokongan fiskal yang lebih kukuh.
Bagi tahun 2026, walaupun kesan tarif berpotensi memberi tekanan, pertumbuhan global dilihat kekal berdaya tahan disokong permintaan domestik, inflasi yang semakin reda dan pelaburan teknologi yang berterusan.
Namun, BNM menegaskan risiko pertumbuhan perlahan masih wujud, termasuk kemungkinan kenaikan tarif, ketegangan geopolitik yang berterusan serta volatiliti pasaran kewangan global.
Kebimbangan terhadap penilaian pasaran kewangan yang tinggi turut kekal menjadi tumpuan.
Bagi ekonomi domestik, BNM menjangkakan pertumbuhan Malaysia pada 2025 berada di paras atas julat unjuran, dengan momentum pertumbuhan berterusan pada 2026, disokong permintaan dalam negeri yang kukuh.
Guna tenaga, pertumbuhan upah dan langkah dasar berkaitan pendapatan dijangka terus menyokong perbelanjaan isi rumah.
Aktiviti pelaburan pula dipacu kemajuan projek berbilang tahun sektor swasta dan awam, pelaksanaan projek awam berskala kecil, pelaburan yang telah diluluskan serta pelaksanaan pelan induk nasional.
Dari segi luaran, prestasi eksport elektrik dan elektronik (E&E) yang kukuh serta perbelanjaan pelancong yang lebih tinggi dijangka menyokong pertumbuhan.
BNM turut memaklumkan inflasi keseluruhan dan inflasi teras masing-masing diunjurkan berpurata 1.4 peratus dan 2 peratus pada 2025.
Bagi 2026, inflasi keseluruhan dijangka kekal sederhana susulan kos global yang terus reda, manakala inflasi teras dijangka stabil dan hampir dengan purata jangka panjang, mencerminkan ketiadaan tekanan permintaan yang berlebihan
Ringkasan AI
- Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus susulan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC).
- Pertumbuhan global bagi tahun 2025 dijangka lebih tinggi disebabkan oleh tarif yang lebih rendah, perbelanjaan teknologi berkaitan kecerdasan buatan, dan sokongan fiskal yang lebih kukuh.
- BNM menjangkakan pertumbuhan Malaysia pada 2025 berada di paras atas julat unjuran, dengan momentum pertumbuhan berterusan pada 2026, disokong oleh permintaan dalam negeri yang kukuh dan aktiviti pelaburan yang dipacu oleh projek sektor swasta dan awam.