BUSINESS
BNM kenakan penalti atas empat institusi kewangan kerana langgar peraturan
Bank pusat itu berkata, penalti turut dikenakan kerana ketidakpatuhan dengan Dokumen Dasar Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan penalti monetari pentadbiran kepada empat bank, iaitu Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB), HSBC Bank Malaysia Bhd, HSBC Amanah Malaysia Bhd dan Maybank Islamic Bhd atas pelbagai pelanggaran peraturan kewangan.
Ringkasan AI
Dalam satu kenyataan, bank pusat itu berkata ia telah mengenakan penalti monetari pentadbiran berjumlah RM493,500 kepada BPMB berikutan ketidakpatuhan terhadap peruntukan di bawah Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 serta Dokumen Dasar Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Sekatan Kewangan Bersasar untuk Institusi Kewangan (AML/CFT & TFS).
Bank pusat itu turut mengenakan penalti monetari pentadbiran sebanyak RM3.26 juta kepada HSBC Bank Malaysia Bhd kerana ketidakpatuhan terhadap keperluan berkaitan dengan usaha wajar pelanggan dan keperluan saringan sekatan, serta ke atas HSBC Amanah Malaysia Berhad (HBMS) kerana ketidakpatuhan.
Penalti tersebut dikenakan kerana ketidakpatuhan terhadap Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 serta keperluan berkaitan Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan Pembiayaan Percambahan Senjata Pemusnah Besar-Besaran dan Sekatan Kewangan Bersasar untuk Institusi Kewangan.
BNM juga mengumumkan bahawa bank pusat itu pada 3 Mac, 2025 mengenakan penalti sebanyak RM1.2 juta kepada Maybank Islamic Bhd kerana ketidakpatuhan dengan seksyen 155(3)(b) Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.
Bank pusat itu berkata, penalti turut dikenakan kerana ketidakpatuhan dengan Dokumen Dasar Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan penalti monetari kepada empat bank BPMB, HSBC Bank Malaysia, HSBC Amanah Malaysia dan Maybank Islamic atas pelanggaran pelbagai peraturan kewangan.
- Penalti tertinggi dikenakan ke atas HSBC Bank Malaysia sebanyak RM3.26 juta, manakala BPMB dikenakan RM493,500 dan Maybank Islamic RM1.2 juta, berkaitan isu pematuhan undang-undang AML/CFT, saringan sekatan, dan sistem maklumat kredit.
- Kesemua penalti berkait dengan ketidakpatuhan terhadap undang-undang seperti Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, dan Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002.