awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BNM mungkin naikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 3.25 peratus - Bloomberg

Bernama
Bernama
24/01/2018
05:17 MYT
BNM mungkin naikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 3.25 peratus - Bloomberg
Bank Negara Malaysia (BNM) mungkin menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas (bps) kepada 3.25 peratus pada Khamis.
Bank Negara Malaysia (BNM) mungkin menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas (bps) kepada 3.25 peratus pada Khamis, dalam usaha untuk menambat jangkaan inflasi, kata ahli ekonomi Bloomberg, Tamara Mast Henderson.
Dalam satu kenyataan, beliau berkata Bloomberg berpendapat langkah itu selari dengan unjuran median dalam kaji selidik Bloomberg, namun ketidaktentuan pasaran membabitkannya nampak tinggi.
"Tinjauan itu menunjukkan penganalisis berbelah-bahagi ke atas keputusannya, dengan ramai melihat bank pusat tidak dapat bertindak menjelang pilihan raya umum yang masih belum dijalankan," katanya.
Henderson berkata pertumbuhan Malaysia pada 2017 kukuh, pada kira-kira 5.8 peratus, mengikut anggaran konsensus Bloomberg berbanding 4.2 peratus pada 2016, manakala inflasi hampir dua kali ganda kepada 3.9 peratus tahun ke tahun dari Januari-November berbanding dua peratus pada 2016.
Unjuran bagi 2018 kekal kukuh, katanya, dengan perbelanjaan isi rumah disokong oleh langkah-langkah baharu kerajaan untuk meningkatkan pendapatan dan kuasa membeli.
"Bagi negara penghasil minyak ini, kenaikan harga minyak yang mendadak menyokong pertumbuhan eksport, sekurang-kurangnya untuk separuh pertama, jika tidak lebih lama. Ia juga mencetuskan permintaan yang lebih tinggi, selain tekanan harga kos dan harga," katanya.
Sementara itu, Henderson berkata BNM memberi amaran mengenai dasar monetari yang lebih ketat pada masa hadapan.
"Bagaimanapun, prospek 2018 mempunyai cabarannya. Pilihan raya yang semakin dekat dan hasil bon global yang lebih tinggi, mungkin menghalang pelaburan.
"Pembaharuan dan potensi pertumbuhan yang lebih rendah di China mungkin melemahkan harga minyak dan jumlah eksport. Kesan pemotongan cukai dan habuan oleh kerajaan Malaysia akan pudar tanpa langkah baharu untuk tahun depan, yang menunjukkan bahawa skop pengetatan dasar adalah terhad," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#ekonomi
#kadar dasar semalaman
#OPR
#Tamara Mast Henderson
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan