BISNES
BNM: Pasaran dipengaruhi jangkaan pelonggaran dasar monetari AS, risiko tarif berkurangan
BNM berkata inflasi keseluruhan adalah lebih rendah pada 1.3 peratus pada Oktober daripada 1.5 peratus pada September manakala inflasi teras meningkat sedikit kepada 2.2 peratus. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Pasaran kewangan Malaysia pada Oktober 2025 kekal dipengaruhi oleh jangkaan pelonggaran dasar monetari Amerika Syarikat (AS) dan ketidakpastian berkaitan tarif yang semakin kurang, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Ringkasan AI
Menurut bank pusat dalam kenyataan hari ini, pasaran kewangan global kekal berteraskan jangkaan pengurangan kadar dasar oleh Rizab Persekutuan AS (Fed) pada Oktober, dengan pengurangan yang dijangka dilaksanakan oleh Fed pada penghujung bulan itu.
"Berlatarkan keadaan ini, ringgit menambah nilai berbanding dolar AS sebanyak 0.5 peratus (pada Oktober 2025) berbanding purata serantau 0.6 peratus, disokong oleh perbezaan kadar faedah yang mengecil dan ketidakpastian berkaitan tarif yang semakin kurang susulan pengumuman perjanjian perdagangan antara AS dengan Malaysia," katanya.
Bank pusat berkata kadar hasil Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) 10 tahun meningkat sebanyak empat mata asas (bps) berbanding purata serantau 0.4 bps, mencerminkan aktiviti pengambilan untung oleh pelabur bukan pemastautin.
Menurutnya petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mencatatkan penurunan sebanyak 0.2 peratus pada bulan berkenaan berbanding purata serantau 5.3 peratus, mencerminkan aktiviti pengambilan untung oleh pelabur bukan pemastautin.
Sementara itu, BNM berkata inflasi keseluruhan adalah lebih rendah pada 1.3 peratus pada Oktober daripada 1.5 peratus pada September manakala inflasi teras meningkat sedikit kepada 2.2 peratus.
Eksport meningkat sebanyak 15.7 peratus pada Oktober berikutan pertumbuhan kukuh sektor elektrik dan elektronik sebanyak 26.5 peratus manakala pertumbuhan import meningkat kepada 11.2 peratus disebabkan oleh pertumbuhan yang lebih tinggi dalam import barangan modal yang berkaitan dengan pelaburan pusat data.
Kredit kepada sektor swasta bukan kewangan meningkat sebanyak 5.7 peratus susulan pertumbuhan yang stabil dalam pinjaman terkumpul dan pertumbuhan yang lebih tinggi bagi pinjaman modal kerja, khususnya dalam kalangan bukan perusahaan kecil dan sederhana manakala pertumbuhan pinjaman isi rumah kekal stabil pada 5.7 peratus.
BNM berkata sistem perbankan terus mencatatkan penampan aset mudah tunai yang kukuh dengan agregat Nisbah Perlindungan Mudah Tunai sebanyak 147.5 peratus dan kualiti aset sistem perbankan kekal kukuh, dengan nisbah perlindungan kerugian pinjaman (termasuk rizab pengawalseliaan) kekal berhemat pada 126.4 peratus.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Bank Negara Malaysia (BNM) menyatakan pasaran kewangan Malaysia dipengaruhi oleh pelonggaran dasar monetari AS dan kurangnya ketidakpastian tarif.
- Ringgit meningkat nilai berbanding dolar AS pada Oktober 2025 disebabkan pengumuman perjanjian perdagangan AS-Malaysia.
- Inflasi keseluruhan lebih rendah pada 1.3 peratus pada Oktober, sementara eksport meningkat 15.7 peratus berikutan pertumbuhan sektor elektrik dan elektronik.