awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BNM perkenal 3 aplikasi mudah alih baharu

Bernama
Bernama
26/11/2015
07:20 MYT
BNM perkenal 3 aplikasi mudah alih baharu
BNM, dalam kenyataannya hari ini berkata aplikasi itu akan memberikan pengguna perkembangan dan maklumat kewangan terkini- Foto Bernama
Bank Negara Malaysia (BNM) memperkenalkan tiga aplikasi mudah alih baharu bagi memudahkan pengguna kewangan membuat keputusan kewangan yang bijak.
BNM, dalam kenyataannya hari ini berkata aplikasi itu akan memberikan pengguna perkembangan dan maklumat kewangan terkini termasuk cara untuk merancang dan mengurus kewangan serta menggunakan hak mereka.
Aplikasi tersebut iaitu MyBNM,BNM MyLINK dan MyTabung bertujuan untuk melengkapkan segmen penduduk yang lebih luas dengan maklumat, kemahiran dan alat diperlukan untuk membuat keputusan kewangan yang bijak dan berhemat dengan memanfaatkan kemajuan teknologi.
"MyBNM ialah aplikasi mudah alih rasmi BNM membolehkan pengguna mengikuti perkembangan terkini berkaitan dengan laporan kewangan termasuk maklumat dan pengumuman, ucapan dan wawancara, siaran akhbar, amaran penipuan kewangan dan kadar pertukaran asing di hujung jari mereka," kata BNM.
Sementara itu BNM Mylink memberikan saluran terus antara pengguna dengan penyedia perkhidmatan kewangan di Malaysia seperti perbankan Islam, insurans, syarikat takaful dan institusi PKS.
Manakala MyTabung ialah untuk individu membuat belanjawan peribadi atau isi rumah, mendapatkan nasihat kewangan, tips berbelanja, dan mengajar mengamalkan pengurusan kewangan berhemat sebagai cara hidup.
Aplikasi mudah alih tersebut disediakan dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris dan boleh di muat turun secara percuma dari kedai Apple App dan Google Play.
Topic Berkaitan
#aplikasi
#Bank Negara
#Pendidikan Kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan