BUSINESS
BNM potong nisbah SSR, PKS perlu hati-hati buat pinjaman - Penganalisis
BNM menurunkan nisbah SRR sebanyak 100 mata asas iaitu daripada dua peratus kepada satu peratus, berkuat kuasa 16 Mei 2025 lalu. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan pengurangan menurunkan nisbah Keperluan Rizab Berkanun (SRR) membolehkan institusi perbankan memberi lebih banyak pinjaman dengan mudah tunai yang tersebut.
Ringkasan AI
Namun, Penganalisis Ekonomi PUTRA Business School, Prof. Madya Dr. Ida Md Yasin berpandangan peniaga-peniaga mesti berhati-hati dalam memohon pinjaman dengan mengambil kira prestasi perniagaan masing-masing untuk memenuhi komitmen kewangan berkenaan.
"Ia (menurunkan nisbah SSR) akan membantu, walaupun tidak secara keseluruhan. Sekurang-kurangnya suntikan RM19 bilion mudah tunai dalam sistem perbankan, ini bermaksud syarikat-syarikat boleh buat pinjaman.
“Pada pandangan ahli ekonomi ini mungkin satu ruang untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk buat pinjaman. Tetapi, pada masa yang sama, sekiranya saya sebagai pemilik perniagaan, perlu berhati-hati dalam buat pinjaman.
“Pinjaman ini perlu dibayar semula dengan kadar bunga. Saya sebagai pemilik perniagaan perlu berhati-hati sama ada produk saya akan terjual selepas saya buat pinjaman,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Isnin.
Dalam pada itu, Prof. Adjung Pusat Pengajian Pembangunan Ungku Aziz, Universiti Malaya (UM), Prof. Emeritus Datuk Dr. Zakariah Abdul Rashid berpandangan, langkah menurunkan nisbah SSR suatu langkah yang baik, tetapi perlu disusuli dengan pelbagai pakej rangsangan ekonomi untuk memastikan ekonomi negara kalis cabaran tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.
"BNM mencadangkan penurunan nisbah SRR supaya kecairan lebih baik. Saya lihat tindakan itu satu tindakan dasar monetari sebagai suntikan untuk menggalakkan lagi kecergasan ekonomi.
“Saya rasa ini tidak memadai kerana kita perlu gunakan segala instrumen sama ada melalui dasar monetari atau fiskal. Saya fikir dalam Belanjawan nanti, kerajaan akan umumkan langkah-langkah untuk mempercepat pertumbuhan ekonomi kita,” ujarnya.
Untuk konteks, BNM menurunkan nisbah SRR sebanyak 100 mata asas iaitu daripada dua peratus kepada satu peratus, berkuat kuasa 16 Mei 2025 lalu.
Bank pusat itu berkata, SRR merupakan instrumen untuk menguruskan mudah tunai dan tidak memberikan isyarat tentang pendirian dasar monetari.
Agenda AWANI: KDNK 2025: Q1 Tumbuh 4.4 peratus, Apa maknanya?
Ringkasan AI
- Peningkatan Kecairan untuk Pinjaman: Penurunan SRR daripada 2% kepada 1% membolehkan bank mempunyai lebih banyak tunai (sekitar RM19 bilion) untuk disalurkan sebagai pinjaman. Amaran Berhati-hati kepada Peniaga: Walaupun peluang pinjaman meningkat, peniaga dinasihatkan agar berhati-hati dalam membuat pinjaman. Perlu Sokongan Dasar Tambahan: Langkah menurunkan SRR dianggap positif sebagai dasar monetari, namun menurut pakar ekonomi, ia tidak mencukupi.