BISNES
Boeing catat peningkatan penghantaran pesawat, masih ketinggalan di belakang Airbus
Gambar menunjukkan kerja-kerja pemasangan pesawat Boeing 737 MAX dilakukan di kilang syarikat itu di Renton, Washington. - Gambar fail Reuters
WASHINGTON: Syarikat pengeluar pesawat Amerika Syarikat (AS), Boeing menyerahkan 48 pesawat komersial kepada pelanggan pada Julai, meningkat lima unit berbanding tempoh sama tahun lalu, namun menurun berbanding 60 unit pada Jun.
Jumlah itu merupakan penghantaran tertinggi bagi bulan Julai sejak tahun 2017, ketika syarikat berkenaan menyerahkan 58 pesawat.
Walaupun mencatat peningkatan, Boeing terus ketinggalan di belakang pesaing Eropahnya, Airbus, yang menyerahkan 67 pesawat pada bulan sama, menjadikan jumlah keseluruhan penghantaran tahun ini sebanyak 373 unit, berbanding 328 unit oleh Boeing.
Airbus turut mendahului Boeing dalam segmen pesawat lorong tunggal, dengan 286 unit A320neo diserahkan berbanding 243 unit 737 MAX oleh Boeing.
Pesawat lorong tunggal mewakili kira-kira 66 peratus daripada jumlah keseluruhan pesawat komersial global.
Penghantaran pesawat merupakan indikator penting kepada pelabur kerana sebahagian besar pembayaran diterima oleh syarikat apabila pesawat diserahkan kepada pelanggan.
Dari segi tempahan, Boeing mencatat 31 tempahan kasar pada Julai, termasuk 30 unit 737 MAX dan 1 unit 787.
Republik Iraq membatalkan satu tempahan 787, namun masih mempunyai tujuh unit dalam senarai tempahan.
Sehingga akhir Julai, Boeing telah menerima 699 tempahan baharu bagi tahun ini, atau 655 tempahan bersih selepas mengambil kira pembatalan dan penukaran.
Jumlah tempahan tertunggak syarikat itu kini mencecah 5,968 unit.
Airbus menghadapi cabaran dalam penghantaran akibat kekurangan enjin daripada pembekal utama, CFM International, yang dimiliki bersama oleh GE Aerospace dan Safran.
Kelewatan turut melibatkan Pratt & Whitney, milik RTX, susulan mogok baru-baru ini.
Walaupun berdepan cabaran, Airbus masih mengekalkan sasaran untuk menyerahkan 820 pesawat menjelang akhir tahun ini, peningkatan sebanyak 7 peratus berbanding tahun lalu.
Boeing pula belum mengeluarkan panduan rasmi bagi jumlah penghantaran tahunannya dan kini sedang berusaha menstabilkan pengeluaran selepas insiden panel tercabut secara tiba-tiba pada pesawat 737 MAX baharu pada Januari 2024 yang mendedahkan kepada isu kualiti dan keselamatan pengeluaran.