Boeing hari ini mengumumkan komitmen untuk 30 pesawat 737 daripada seorang pelanggan China yang enggan dikenali semasa Petunjukan Udara Antarabangsa Farnborough di United Kingdom.
Menurut Boeing dalam satu kenyataan hari ini, komitmen itu termasuk campuran pesawat 737 MAX dan Next-Generation 737, bernilai lebih AS$3 bilion pada harga senarai semasa.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Boeing Commercial Airplanes, Ray Conner berkata perjanjian berkenaan menunjukkan keyakinan pasaran terhadap kumpulan pesawat 737.
"Pesawat baharu itu akan menawarkan kelebihan bagi keselesaan penumpang, kecekapan dan kebolehpercayaan dalam pasaran lorong laluan tunggal kepada pelanggan kami," katanya.
Pesawat 737 MAX menggabungkan teknologi terkini, enjin CFM International LEAP-1B, sayap lawi berteknologi canggih serta penambahbaikan lain bagi menyediakan kecekapan, kebolehpercayaan dan keselesaan penumpang pada tahap paling tinggi dalam pasaran lorong laluan tunggal.
Ia menggunakan bahan api 20 peratus lebih rendah berbanding Next-Generation 737 pertama dengan kos operasi rendah bagi kelasnya -- lapan peratus bagi setiap tempat duduk, kurang daripada pesaing terdekatnya.
Bernama
Tue Jul 12 2016
Pesawat 737 MAX menggabungkan teknologi terkini, enjin CFM International LEAP-1B, sayap lawi berteknologi canggih serta penambahbaikan lain. - Gambar fail
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara - CIJ
Dalam pada itu, Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail Berkata, pengamal media perlu beroperasi dalam persekitaran yang sangat kondusif serta menekankan falsafah yang mampu meningkatkan kualiti kewartawanan.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara
Sebanyak 187 siasatan dijalankan di bawah undang-undang hak kebebasan.
KKM Malaysia rancang perkenal undang-undang 'Good Samaritan' - Dr Dzulkefly
Dzulkefly berkata banyak negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan beberapa negara Asia telah pun melaksanakan undang-undang berkenaan.
[TERKINI] Goh Sze Fei-Nur Izzuddin langkah ke Final Jelajah Dunia BWF
Beregu negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, sah melangkah ke pentas akhir Kejohanan Badminton Final Jelajah Dunia BWF, sebentar tadi apabila menewaskan pasangan Indonesia.
COVID-19: Pesawat tersadai di darat, tak ubah seperti burung patah sayap
Pemilik terpaksa menanggung pelbagai kos penyimpanan, pengendalian dan pengurusan menanti masa ruang udara dibuka semula.
Pesawat Lion Air tergelincir ketika hujan lebat
Pesawat tambang murah Indonesia, Lion Air tergelincir dari landasan disebabkan hujan lebat ketika sedang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Supadio di Pontianak, Indonesia pada Sabtu.