Bolt ingin memasuki pasaran Malaysia, khidmat seru-pandu saingi Grab

Amanz
Mac 6, 2024 03:45 MYT
Bolt beroperasi di lebih 500 bandar, dan dikatakan mempunyai lebih 150 juta pelanggan di seluruh dunia. -Amanz
BAGI yang tidak mengenali akan Bolt, ia merupakan khidmat seru-pandu dari Eropah.
Selain khidmat tempahan pengangkutan ke destinasi, ia turut menyediakan khidmat untuk tempahan makanan dan barangan runcit melalui Bolt Food, selain khidmat sewa kenderaan.
Pada ketika ini, Bolt beroperasi di lebih 500 bandar, dan dikatakan mempunyai lebih 150 juta pelanggan di seluruh dunia.
Perkhidmatan Bolt juga turut tersedia di negara jiran, Thailand.
Dengan perkembangan baharu ini, sama-sama kita nantikan pengenalan perkhidmatan Bolt di Malaysia. -Amanz
#Bolt #khidmat seru-pandu #tempahan pengangkutan ke destinasi #tempahan makanan dan barangan runcit