awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Boustead catat untung lebih RM1 bilion

Astro Awani
Astro Awani
28/02/2018
08:34 MYT
Boustead catat untung lebih RM1 bilion
Boustead Holdings mempunyai operasi perniagaan di dalam bidang kejuruteraan, perkapalan, hartanah dan lain lain / filepic
Boustead Holdings Berhad mencatatkan prestasi kukuh bagi tahun berakhir 31 Disember 2017 dengan menjana untung sebelum cukai tertinggi dalam sejarah operasinya berjumlah RM1.1 bilion, berbanding RM740 juta tahun lepas.
Untung Selepas Cukai (PAT) meningkat kepada RM923 juta manakala hasil bertambah kepada RM10 bilion.
Prestasi lebih memberangsangkan ini dicapai berbekalkan keuntungan yang direalisasi atas pelupusan tanah perladangan berjumlah RM555 juta.
Bagi suku keempat berakhir 31 Disember 2017, kumpulan mencatatkan Untung Selepas Cukai sebanyak RM174 juta.
Sementara itu, Untung Sebelum Cukai pula berjumlah RM241 juta dan hasil sebanyak RM2.8 bilion telah diperoleh.
Pendapatan sesaham bagi tempoh setahun penuh ialah 22.8 sen, manakala nilai aset bersih sesaham berada pada paras RM2.92 pada 31 Disember 2017.
Tan Sri Datuk Seri Lodin Wok Kamaruddin, Timbalan Pengerusi/Pengarah Urusan Kumpulan, Boustead Holdings Berhad berkata, "kejayaan tahun 2017 dipacu oleh keuntungan yang direalisasikan atas pelupusan tanah ladang, dan disokong oleh sumbangan positif daripada semua bahagian kami."
Topic Berkaitan
#boustead
#Boustead Naval Shipyard
#CPO
#Kapal Tempur Pesisir
#lodin wok kamaruddin
#MHS Aviation
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan