BISNES
BP kurangkan lagi pekerja kepada 6,200 orang, isyaratkan pengurangan lanjutan
BP mengesahkan keseluruhan tenaga kerja global seramai 100,000 orang akan terus disemak sebagai sebahagian inisiatif baharu. - Gambar fail/REUTERS
LONDON: Syarikat tenaga BP akan mengurangkan 1,500 pekerja tetap dan 1,200 lagi kontraktor di seluruh dunia menjelang akhir tahun ini, serta memberi isyarat kemungkinan pengurangan pekerja lagi ketika syarikat itu meningkatkan langkah penjimatan kos, lapor PA Media/dpa.
Syarikat minyak gergasi itu berkata ia kini menjangka jumlah pengurangan pekerjaan mencecah 6,200 jawatan iaitu kira-kira 15 peratus daripada tenaga kerja pejabatnya, lebih tinggi daripada 4,700 pengurangan yang diumumkan awal tahun ini.
BP turut memaklumkan yang ia menamatkan khidmat 3,200 kontraktor sejak Januari, dengan 1,200 lagi akan dikurangkan menjelang akhir 2025.
Syarikat itu memberi bayangan akan berlaku pengurangan pekerja lagi, apabila pihak pengurusan melancarkan rancangan baharu untuk penjimatan tambahan dan menjalankan semakan menyeluruh terhadap portfolio mereka, susulan tekanan daripada pemegang saham.
BP mengesahkan keseluruhan tenaga kerja global seramai 100,000 orang akan terus disemak sebagai sebahagian inisiatif baharu itu.
BP bagaimanapun tidak memberikan pecahan mengikut negara berhubung pemotongan pekerjaan tambahan tahun ini, tetapi mengesahkan ia akan melibatkan lokasi di UK dan luar negara.
Syarikat itu menggaji kira-kira 14,000 pekerja di UK pada awal 2025.
Perkembangan ini berlaku ketika Ketua Pegawai Eksekutif BP Murray Auchincloss berikrar yang syarikat dalam indeks FTSE 100 itu akan memberikan pulangan yang lebih baik kepada pelabur dan berkata masih banyak yang perlu dilakukan di bawah pelan tiga tahun semasa.
BP berdepan tekanan daripada pemegang saham untuk meningkatkan keuntungan dan mengurangkan kos, terutamanya selepas Elliott Investment Management baru-baru ini mengambil pegangan lima peratus dalam syarikat itu.
Keuntungan separuh tahun BP menjunam hampir satu pertiga, didorong oleh kelemahan harga minyak, walaupun prestasi suku kedua melebihi jangkaan penganalisis.
Syarikat itu melaporkan penurunan 32 peratus dalam keuntungan penggantian kos asas ukuran keuntungan pilihan BP kepada US$3.73 bilion bagi enam bulan berakhir 30 Jun.
Keuntungan asas suku kedua menurun 15 peratus tahun ke tahun kepada US$2.35 bilion antara April dan Jun, namun ia meningkat ketara berbanding US$1.38 bilion pada suku pertama dan melepasi jangkaan kebanyakan penganalisis.
-- BERNAMA