KUALA LUMPUR: Syarikat kejuruteraan elektrik, BPE Engineering and Services Sdn Bhd telah memperoleh kontrak tiga tahun dengan Petronas Carigali Sdn Bhd, anak syarikat Petronas, untuk penyediaan bekalan, pemasangan dan penyelenggaraan berkas pemanas (heater bundles) dan panel kawalan.

Petronas ialah rakan kongsi tenaga dan penyelesaian global dan disenaraikan dalam kalangan syarikat terbesar dalam Fortune Global 500.

Kontrak itu bermula pada 18 Mac 2022 hingga 17 Mac 2025.

Pengarah Urusan Kejuruteraan dan Perkhidmatan BPE, Ir Ts Mohd Isnari Idris berkata, BPE kekal fokus untuk meletakkan diri kami sebagai calon yang kukuh yang menawarkan pelanggan akses yang boleh dipercayai kepada kepakaran tempatan untuk sebarang keperluan servis elektrik.

“BPE kekal komited untuk melaksanakan tanggungjawab kontrak kami dengan potensi penuhnya berdasarkan pakej yang dipersetujui dan garis masa yang sepadan,” katanya dalam kenyataan di sini.

BPE Engineering and Services Sdn Bhd ialah syarikat kejuruteraan elektrik berdaftar yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Tenaga, dengan lesen Petronas yang sah.

Syarikat itu telah mengembangkan tawarannya bukan sahaja dalam produk dan perkhidmatannya, tetapi juga dalam kecekapannya untuk mendekati kebimbangan utama pelanggan melalui pengalaman nilai tambah.

Status syarikat hari ini disokong oleh penguasaan berdekad-dekad dalam disiplin kejuruteraan elektrik sejak penubuhan syarikat pada tahun 1994. - DagangNews.com