Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi tidak berhasrat untuk menggantikan komoditi utama negara iaitu kelapa sawit dengan tanaman buluh.
Menterinya, Datuk Dr. Mohamad Khairuddin Aman berkata malah, kementerian sedang memperkasakan lagi industri sawit dengan kajian teknologi terkini, memperluaskan pasaran di luar negara, mempelbagaikan produk nilai tambah makanan dan meneruskan pelbagai kajian mengenai kebaikan dan manfaat sawit kepada dunia.
"Pada masa sama, kementerian sedang meneroka peluang buluh sebagai satu lagi komoditi masa depan di samping pelbagai lagi produk komoditi lain," katanya semasa menjawab pertanyaan Datuk Hatta Ramli (PH-Lumut) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Katanya bagi membangunkan industri buluh, kementerian telah menyenaraikan tanaman tersebut sebagai antara tanaman hutan yang perlu dikomersialkan menerusi Program Pembangunan Ladang Hutan (PPLH) bersama-sama dengan lapan lagi spesies tanaman hutan iaitu getah TLC, Akasia, Kelampayan/Laran, Batai, Jati, Binuang, khaya dan Sentang.
"Baki terkini peruntukan PPLH berjumlah RM85 juta. Kementerian saya sedang dalam proses mengubah skim pinjaman ini kepada pembiayaan patuh Syariah," katanya.
Bagi membangunkan lagi industri buluh, katanya kementerian melalui Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia kini dalam proses menghasilkan Pelan Tindakan Pembangunan Industri Buluh Malaysia 2021-2030.
"Dari segi prospek buluh, secara umumnya, saiz pasaran buluh global adalah besar iaitu berjumlah US$68.80 bilion pada 2018.
"Buluh boleh digunakan untuk menghasilkan papan lapis, perabot, makanan, fabrik, kraftangan, kutleri, pembinaan, eko-pelancongan dan bahan bakar seperti pembuatan arang dan pellet.
"Justeru, peluang pasaran ini perlu diteroka kerana Malaysia mempunyai kelebihan dari pelbagai segi untuk membangunkan industri buluh," katanya.
Beliau juga berkata buluh mampu menjana anggaran pendapatan bersih sebanyak RM36,000 sehektar, selepas menolak kos tanaman buluh termasuk kos buruh, anak pokok, penyelenggaraan dan pengeluaran sehektar sebanyak RM28,000 sehektar.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 14 2020
Kementerian sedang memperkasakan lagi industri sawit, antaranya dengan kajian teknologi terkini, dan memperluaskan pasaran di luar negara. - Gambar fail
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pelajar Malaysia di Syria selamat
Pelajar Malaysia di Syria maklumkan mereka dalam keadaan selamat.
Sarawak perkasa industri hiliran untuk hasilkan produk kayu bernilai tinggi
Kerajaan Sarawak akan terus memperkasakan industri hiliran seperti penghasilan biojisim bagi meningkatkan lagi pengeluaran produk kayu nilai tambah tinggi.
Kerajaan Sarawak jalin kerjasama untuk capai sasaran bangunkan 10,000 hektar ladang buluh
Kerjasama dengan Pertama Ferroalloys serta syarikat perkayuan adalah strategi untuk mengembangkan ladang buluh Sarawak.
Ladang komersial 2,760 hektar dibangunkan jadikan Sarawak hab industri buluh Malaysia
Ladang komersial dan ladang komuniti telah dibangunkan di Sarawak sebagai antara langkah untuk menjadikan negeri itu sebagai hab pembangunan industri buluh di Malaysia.
Tinjauan Astro AWANI: Apakah nasib si penjual lemang tatkala PKP?
Berbekalkan pengalaman daripada PKP lepas, penjual lemang menggunakan kaedah berbeza iaitu platform dalam talian untuk mempromosikan jualan lemangnya.
'Lemang meriam' gegar warga Perak
Seorang pengusaha tampil kreatif dengan menyiapkan lemang gergasi untuk warga Ipoh sehingga mendapat permintaan tinggi walaupun pandemik COVID-19 sedang melanda.
Buluh tidak akan ganti sawit sebagai komoditi utama negara
Datuk Dr. Mohamad Khairuddin Aman berkata, kementerian sedang memperkasakan lagi industri sawit dengan kajian teknologi terkini.
Lemang sushi diangkat produk pelancongan wajib cuba di Kuala Pilah
Pengusahanya, Zuriati Sulaiman, 52, berkata lemang sushi merupakan cetusan idea suaminya Azizi Abd Muin, 55, empat tahun lalu selepas menjual serunding sejak tahun 2005 lagi.
Buluh, daun rumbia hasilkan replika sarang tempua terbesar di Malaysia
Ciptaan 700 pelajar dan 100 guru SMK Seri Kampar bersama 40 komuniti setempat itu berjaya melakar nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR).
Remaja maut tertusuk buluh dibawa penunggang motosikal
Dia cuba mengelak sebuah motosikal yang ditunggang seorang penduduk dari arah bertentangan yang membawa sebatang buluh di atas bahunya.
Saya hanya pakai berus gigi buluh - Sharifah Sakinah
Pelakon Sharifah Sakinah akui semakin bimbang dengan masalah pemanasan global yang berlaku.