KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri dagangan 2023 dengan ditutup pada paras terendah intra harinya pada 1,454,66 hari ini berbanding paras pembukaan hari pertamanya tahun ini pada 1,488.54, kata seorang peniaga.

Beliau berkata Bursa Malaysia mengalami tekanan jualan hampir sepanjang tahun ini disebabkan oleh aliran keluar dana ekoran kenaikan kadar di Amerika Syarikat (AS).

FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh ke paras terendahnya tahun ini kepada 1,374.64 pada 8 Jun 2023, namun keadaan mula bertambah baik apabila dana asing kembali semula ke dalam negara pada permulaan Julai, kata naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Thong Pak Leng.

Pada 5 petang, FBM KLCI turun 2.75 mata atau 0.18 peratus lebih rendah kepada 1,454.66 daripada paras penutup 1,457.41 pada Khamis.

Indeks utama itu dibuka tinggi naik 0.16 mata kepada1,457.57 dan kemudiannya bergerak ke paras tertinggi 1,461.40 semasa sesi dagangan awal pagi.

Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 486 berbanding 431, manakala 453 kaunter tidak berubah, 890 tidak diniagakan dan 45 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 4.67 bilion unit bernilai RM2.96 bilion daripada 4.24 bilion unit bernilai RM2.39 bilion pada Khamis.

Thong berkata, prestasi lemah FBM KLCI itu adalah disebabkan oleh pengambilan untung manakala aktiviti dagangan hambar kerana ramai peniaga mengambil kesempatan bercuti sempena menyambut Tahuan Baharu.

"Jepun dan Hong Kong juga ditutup rendah berikutan aktiviti pengambilan untung. Sementara itu, pelabur turut menilai prospek syarikat kenderaan elektrik (EV) selepas Xiaomi dari China melancarkan EV pertamanya," katanya kepada Bernama.

Pada 2023, Thong berkata, separuh tahun pertama adalah tempoh yang sukar ekoran prestasi buruk di rantau ini akibat daripada pengaliran keluar dana ke AS apabila kadar faedah dinaikkan beberapa kali.

"Bagaimanapun prestasi pada separuh kedua lebih baik sedikit apabila FBM KLCI beberapa kali menguji paras 1,465, disokong oleh pembelian daripada dana asing dan institusi," katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank turun dua sen kepada RM8.89, Petronas Chemicals jatuh lima sen kepada RM7.16, manakala Public Bank dan CIMB naik satu sen setiap satu masing-masing kepada RM4.29 dan RM5.85 dan Tenaga Nasional menambah empat sen kepada RM10.04.

Dalam kalangan kaunter cergas, Green Ocean naik 10 sen kepada 22.5 sen, Dataprep meningkat 1.5 sen kepada 17 sen, manakala Pelikan jatuh 5.5 sen kepada 28 sen, Minetech susut setengah sen kepada 14.5 sen dan Hong Seng tidak berubah pada 2.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM 70 turun 14.15 mata kepada 14,612.98, Indeks FBM Emas Shariah susut 35.02 mata kepada 10,988.71, Indeks FBM Emas susut 19.92 mata kepada 10,823.70, Indeks FBMT 100 jatuh 17.35 mata kepada 10,485.72, manakala Indeks FBM ACE menokok 50.28 mata kepada 5,322.03.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan menyusut 9.35 mata kepada 7,007.96, Indeks Hartanah turun 2.05 mata kepada 862.11 dan Indeks Tenaga berkurangan 2.24 mata kepada 817.73.

Sementara itu, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.12 mata kepada 172.99 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 5.52 mata kepada 16,303.04.

Jumlah dagangan Pasaran Utama merosot kepada 2.68 bilion unit bernilai RM2.57 bilion daripada 2.83 bilion unit bernilai RM2.06 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan waran turun kepada 475.43 juta unit bernilai RM48.80 juta daripada 481.60 juta unit bernilai RM64.44 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat 1.46 bilion saham bernilai RM335.06 juta daripada 913.45 juta saham bernilai RM265.69 juta sebelumnya.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 477.22 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (727.84 juta); pembinaan (305.74 juta); teknologi (384.83 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (182.11 juta); hartanah (177.96 juta); perladangan (17.93 juta); REITs (10.26 juta), dana tertutup (45,300); tenaga (79.83 juta); penjagaan kesihatan (143.29 juta); telekomunikasi dan media (29.12 juta); pengangkutan dan logistik (50.40 juta); dan utiliti (96.76 juta).

-- BERNAMA