BISNES
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 8.29 mata atau 0.54 peratus kepada 1,525.06 daripada 1,533.35 semasa ditutup pada Jumaat lepas. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia merosot daripada kenaikan minggu lepas untuk dibuka rendah pada Isnin, sejajar dengan penurunan di Wall Street pada Jumaat lepas berikutan kebimbangan pelabur terhadap data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lemah dan impak daripada perang tarif Presiden AS Donald Trump.
Ringkasan AI
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 8.29 mata atau 0.54 peratus kepada 1,525.06 daripada 1,533.35 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 3.07 mata kepada 1,530.28.
Pasaran secara menyeluruh negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 304 berbanding 98. Sejumlah 272 kaunter tidak berubah, 1,816 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 150.27 juta unit bernilai RM91.62 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup rendah secara menyeluruh pada Jumaat lepas berikutan kebimbangan yang meningkat terhadap ekonomi AS yang lemah dan impak daripada perang tarif Trump.
Beliau berkata data pekerjaan AS pada Julai adalah lebih rendah daripada jangkaan dengan semakan penurunan yang ketara pada angka bulan Jun dan Mei, mencerminkan keadaan pasaran pekerjaan yang kurang menggalakkan.
Oleh itu, katanya hasil AS untuk tempoh 10 tahun berkurangan kepada 4.22 peratus.
"FBM KLCI meningkat semula dengan ketara melepasi paras 1,530 selepas semakan semula tarif AS yang lebih rendah terhadap Malaysia apabila produk semikonduktor dan farmaseutikal dikecualikan.
"Berdasarkan ketidaktentuan yang berterusan, kami menjangka indeks akan berada dalam julat 1,525 hingga 1,535 hari ini," katanya kepada Bernama.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank, masing-masing merosot empat sen kepada RM9.56 dan RM4.25, Tenaga Nasional berkurangan lapan sen kepada RM13.22, CIMB menurun lima sen kepada RM6.74 manakala IHH Healthcare mendatar pada RM6.68.
Dalam senarai yang diniagakan secara aktif, Magma berkurangan lima sen kepada 36.5 sen, Top Glove merosot dua sen kepada 65.5 sen manakala Hubline dan TWL, masing-masing naik setengah sen kepada 4.5 sen dan tiga sen. Pharmaniaga kekal tidak berubah pada 17 sen.
Kaunter paling untung termasuklah Dutch Lady Milk Industries, yang meningkat 20 sen kepada RM27.50, Perrusahaan Sadur Timah Malaysia naik 11 sen kepada RM1.90 dan Malaysian Genomics Resource Centre menambah empat sen kepada 24 sen.
Dalam kalangan kaunter paling rugi, Nestle berkurangan 50 sen kepada RM87.30, Malaysian Pacific Industries merosot 44 sen kepada RM19.90 dan Fraser and Neave susut 40 sen kepada RM28.22.
Dalam pasaran secara menyeluruh, Indeks FBM Emas merosot 70.20 mata kepada 11,455.13, Indeks FBMT 100 berkurangan 67.86 mata kepada 11,217.77 dan Indeks FBM Emas Shariah menurun 69.08 mata kepada 11,471.68.
Indeks FBM 70 berkurangan 130.34 mata kepada 16,583.53 dan Indeks FBM ACE merosot 11.83 mata kepada 4,612.54.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 100.87 mata kepada 17,379.33, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan merosot 0.97 mata kepada 158.17, Indeks Perladangan susut 10.37 mata kepada 7,360.60 dan Indeks Tenaga merosot 3.07 mata kepada 746.53.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Bursa Malaysia dibuka rendah sejajar dengan penurunan Wall Street akibat kebimbangan terhadap data ekonomi AS yang lemah dan kesan perang tarif.
- FBM KLCI merosot 8.29 mata kepada 1,525.06 dengan pasaran keseluruhan negatif; kaunter rugi melebihi kaunter untung.
- Saham wajaran tinggi dan aktif menunjukkan penurunan, manakala beberapa kaunter untung dan rugi utama turut mencatat perubahan ketara.