BISNES
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi lemah serantau
Thong berkata, dari sudut positif, pengukuhan ringgit dijangka memberi sokongan kepada pasaran tempatan, oleh itu, FBM KLCI dijangka terus berada dalam julat 1,630–640 hari ini. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa, menjejaki pasaran serantau yang lemah dan penurunan prestasi semalaman Wall Street.
Pada jam 9.10 pagi ini, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.76 mata, atau 0.17 peratus kepada 1,640.96 daripada 1,643.72 ketika ditutup pada Isnin.
Indeks petunjuk utama itu dibuka rendah 0.95 mata pada 1,642.77.
Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 180 berbanding 121 manakala 273 kaunter tidak berubah, 2,202 tidak diniagakan dan 12 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 106.46 juta saham bernilai RM62.36 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Indeks Hang Seng Hong Kong kekal rendah apabila kebimbangan yang semakin meningkat terhadap penilaian teknologi yang meluas dan pelaburan berkaitan kecerdasan buatan (AI) agresif terus mempengaruhi sentimen.
Beliau berkata semalaman Wall Street ditutup lebih rendah selepas mencatatkan kerugian dalam sektor teknologi, minyak dan gas serta perkhidmatan pengguna mempengaruhi sentimen dengan pelabur kekal berhati-hati menjelang minggu pengumuman data yang boleh mengubah jangkaan kadar faedah dan prospek pertumbuhan 2026 dengan ketara.
"Bagaimanapun, dari sudut positif, pengukuhan ringgit dijangka memberikan sokongan kepada pasaran tempatan. Oleh itu, kami menjangka FBM KLCI akan terus berada dalam julat 1,630–640 hari ini," katanya kepada Bernama.
Antara saham wajaran tinggi, Maybank dan Tenaga Nasional susut empat sen masing-masing kepada RM10.32 dan RM13.06, Public Bank dan IHH Healthcare berkurangan dua sen masing-masing kepada RM4.47 dan RM8.68, manakala CIMB Group meningkat satu sen kepada RM7.94.
Bagi saham aktif, Perak Transit turun satu sen kepada 29 sen, Bumi Armada kekal tidak berubah pada 31 sen, manakala Orkim meningkat tiga sen kepada RM1.13. Inari Amertron berkurangan lima sen kepada RM1.78, manakala Reneuco naik 0.5 sen kepada 2.5 sen.
Selain Orkim, kaunter paling untung menyaksikan Dutch Lady Milk Industries naik 76 sen kepada RM30.88, SHL Consolidated menambah 10 sen kepada RM2.30, United Plantation melonjak enam sen kepada RM28.76 dan Unisem menambah empat sen kepada RM3.32.
Bagi kaunter paling rugi, MISC and Petronas Gas merosot 12 sen masing-masing kepada RM7.51 dan RM17.54, Malaysian Pacific Industries turun 10 sen kepada RM31.70, dan Vitrox Corporation berkurangan lapan sen kepada RM4.11.
Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas Index turun 20.57 mata kepada 12,069.81, Indeks FBM Emas Shariah susut 22.74 mata kepada 11,891.75, Indeks FBMT 100 merosot 20.35 mata kepada 11,864.61, Indeks FBM ACE menguncup 13.58 mata kepada 4,711.71 dan Indeks FBM 70 merosot 30.19 mata kepada 16,643.23.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 36.27 mata kepada 19,243.89, Indeks Tenaga turun 2.22 mata kepada 763.32, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.03 mata kepada 169.91 manakala Indeks Perladangan melonjak 11.44 mata kepada 8,150.89.
-- BERNAMA