BISNES
Bursa Malaysia dibuka tinggi

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.31 mata kepada 1,586.90 daripada 1,585.69 ketika ditutup pada Isnin. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, meneruskan momentum peningkatan disebabkan pembelian institusi tempatan dan aktiviti pengumpulan saham, kata seorang peniaga.
Ringkasan AI
- Bursa Malaysia dibuka tinggi disebabkan sokongan pembelian institusi tempatan dan aktiviti pengumpulan saham.
- Suasana pasaran positif dengan lebih banyak kaunter untung berbanding rugi, menunjukkan keyakinan pelabur.
- Indeks dijangka kekal dalam julat 1,5851,600 dengan persekitaran korporat yang stabil menjelang suku akhir 2025.
Suasana pasaran positif dengan 146 kaunter untung mengatasi 88 kaunter rugi manakala 65.82 juta saham bernilai RM40.74 didagangkan.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata sokongan pembelian daripada institusi tempatan masih jelas menunjukkan bahawa bursa tempatan mendapat sokongan.
"Kami percaya aktiviti pengumpulan saham akan berterusan apabila memasuki suku akhir 2025 dengan persekitaran korporat masih stabil. Setakat hari ini, indeks dijangka berada dalam dalam julat 1,585-1,600," katanya.
"Sementara itu, harga emas melonjak ke paras tertinggi, jelas menggambarkan bahawa dana mungkin mengalir keluar daripada aset dalam denominasi dolar AS," katanya.
Dalam saham wajaran tinggi, Maybank naik empat sen kepada RM10.04, Public Bank meningkat satu sen kepada RM4.29, manakala Tenaga Nasional, IHH Healthcare dan Press Metal tidak berumbah masing-masing pada RM13.32, RM6.92 dan RM5.55, bagaimanapun CIMB turun tiga sen kepada RM7.24.
Bagi kaunter aktif, Pharmaniaga menambah 0.5 sen kepada 20 sen, MRCB menokok dua sen kepada 49 sen, Scientex-WA menambah setengah sen kepada 8.5 sen, manakala Dagang Nexchange tidak berubah pada 24 sen.
Antara kaunter untung, Nestle naik 60 sen kepada RM94.60, Hong Leong Bank meningkat 18 sen kepada RM20.26, Paragon Union menambah 12 sen kepada RM2.88 manakala Teck Guan dan Country View naik lapan sen masing-masing kepada RM2.00 dan RM2.23.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas menokok 14.76 mata kepada 11,776.78, Indeks FBMT 100 naik 10.67 mata kepada 11,537.91, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 7.70 mata kepada 11,743.25, Indeks FBM 70 melonjak 20.30 mata kepada 16,467.75, manakala Indeks FBM ACE naik 4.77 mata kepada 4,764.19.
Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.23 mata kepada 164.98, Indeks Perladangan meningkat 18.67 mata kepada 7,655.03, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 41.47 mata kepada 18,167.53, manakala Indeks Tenaga turun 2.19 mata kepada 738.13.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami