Bursa Malaysia diiktiraf Bursa Saham Terbaik Bagi Penyenaraian Islamik

Bernama
Oktober 13, 2022 14:29 MYT
Bursa Malaysia Bhd dinobatkan sebagai Bursa Saham Terbaik Bagi Penyenaraian Islamik menerusi Tinjauan Perkhidmatan Penyedia Islamic Finance News (IFN) 2022. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Bhd dinobatkan sebagai Bursa Saham Terbaik Bagi Penyenaraian Islamik menerusi Tinjauan Perkhidmatan Penyedia Islamic Finance News (IFN) 2022.
Tinjauan Perkhidmatan IFN tersebut menyenaraikan sembilan penyedia perkhidmatan paling cemerlang dalam industri kewangan Islam global dari serata dunia bagi 2022 yang dipilih serta pengundian oleh kelompok terbabit.
IFN merupakan peneraju bagi berita serta penyedia penyelesaian kewangan Islam.
"Usaha tinjauan bagi tahun ini juga merupakan satu rekod pencapaian dengan peningkatan sebanyak 70 peratus dari segi penyertaan pengundi berbanding 2021," menurut IFN dalam satu kenyataan.
Acara kali ini turut mencatat undian tertinggi berjumlah lebih 8,800 daripada kalangan penggiat industri kewangan Islam, pelabur serta korporat dari segenap peringkat global.
-- BERNAMA
#Bursa Malaysia #Bursa Saham Terbaik Bagi Penyenaraian Islamik #Islamic Finance News #industri kewangan Islam global