BISNES
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh lima bulan
Pada 5 petang, FBM KLCI naik 4.60 mata atau 0.29 peratus untuk ditutup pada 1,597.47, paras tertinggi dalam tempoh lebih lima bulan, daripada 1,592.87 ketika ditutup pada Khamis. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengekalkan momentum menaiknya untuk mengakhiri minggu dagangan lebih tinggi, selepas melepasi paras utama 1,600 pada sesi awal, kata seorang peniaga.
Beliau berkata peningkatan itu didorong oleh pembelian berterusan dalam saham-saham wajaran tinggi yang terpilih, diterajui oleh telekomunikasi dan media serta produk perindustrian dan perkhidmatan.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.60 mata atau 0.29 peratus untuk ditutup pada 1,597.47, paras tertinggi dalam tempoh lebih lima bulan, daripada 1,592.87 ketika ditutup pada Khamis.
Indeks petunjuk pasaran dibuka 0.93 mata lebih tinggi pada 1,593.80 dan bergerak antara 1,593.42 yang merupakan paras terendah harian dan mencapai paras tertinggi 1,603.19 pada sesi pertengahan pagi.
Keseluruhan pasaran menunjukkan trend positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 561 berbanding 428, manakala 526 kaunter tidak berubah, 1,079 tidak diniagakan dan 12 yang lain digantung.
Jumlah dagangan susut kepada 2.63 bilion unit bernilai RM2.70 bilion daripada 2.67 bilion unit bernilai RM2.87 bilion pada Khamis.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata FBM KLCI ditutup lebih tinggi disokong oleh pendapatan korporat yang kukuh.
"Indeks-indeks utama Asia ditutup tinggi walaupun terdapat petunjuk negatif secara menyeluruh dari Wall Street semalam, apabila aliran dana baharu terus masuk ke rantau ini -- terutamanya ke pasaran maju -- didorong oleh pertumbuhan serantau yang lebih kukuh," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata indeks utama itu meneruskan momentum kenaikannya hari ini, melepasi paras 1,600 pada sesi pagi dan mencapai paras tertinggi harian 1,603.19 - paras yang kali terakhir dilihat pada 12 Februari tahun ini.
"Walaupun momentum sederhana sedikit pada sebelah petang, indeks petunjuk pasaran kekal kukuh dalam wilayah positif. Kenaikan diterajui oleh saham-saham telekomunikasi, pengguna dan industri, sekali gus menyerlahkan kepelbagaian sektor dalam peningkatan itu," katanya.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank masing-masing naik 2.0 sen kepada RM9.80 dan RM4.47, CIMB menambah 1.0 sen kepada RM7.46, IHH Healthcare meningkat 3.0 sen kepada RM6.84, manakala Tenaga Nasional susut 8.0 sen kepada RM13.56.
Bagi saham-saham paling aktif, Tanco susut setengah sen kepada 73.5 sen, Zetrix AI naik 2.0 sen kepada 89.5 sen, manakala TWL Holdings dan SFP Tech masing-masing kekal tidak berubah pada 2.5 sen dan 15.5 sen.
Dalam pasaran lebih meluas, Indeks FBM Emas meningkat 33.65 mata kepada 11,834.56, Indeks FBMT 100 naik 28.74 mata kepada 11,611.17, Indeks FBM Emas Shariah bertambah 43.49 mata kepada 11,761.42, Indeks FBM 70 menokok 20.18 mata kepada 16,556.40, dan Indeks FBM ACE melonjak 35.29 mata kepada 4,743.62.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 38.81 mata kepada 18,222.96, Indeks Perladangan meningkat 1.87 mata kepada 7,608.39, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan bertambah 1.66 mata kepada 165.33, manakala Indeks Tenaga susut 1.79 mata kepada 748.94.
Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.50 bilion unit bernilai RM2.47 bilion berbanding 1.55 bilion unit bernilai RM2.65 bilion pada Khamis.
Jumlah dagangan waran bagaimanapun merosot kepada 675.98 juta unit bernilai RM93.19 juta berbanding 688.24 juta unit bernilai RM86.01 juta sebelum ini.
Jumlah dagangan Pasaran ACE pula meningkat kepada 460.91 juta unit bernilai RM138.92 juta berbanding 424.96 juta unit bernilai RM132.02 juta semalam.
Kaunter-kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 260.99 juta saham diniagakan di Pasaran Utama; produk dan perkhidmatan perindustrian (253.21 juta), pembinaan (135.87 juta), teknologi (212.84 juta), perkhidmatan kewangan (110.91 juta), hartanah (1219.93 juta), perladangan (22.81 juta), REIT (20.84 juta), dana tertutup (43,700), tenaga (100.67 juta), penjagaan kesihatan (46.53 juta), telekomunikasi dan media (37.59 juta), pengangkutan dan logistik (30.01 juta), utiliti (43.27 juta), dan amanah perniagaan (15,100).
-- BERNAMA