KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Selasa mengatasi prestasi kebanyakan bursa serantau lain disokong oleh peningkatan dalam saham berkaitan komoditi dan perladangan, kata seorang penganalisis.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 7.47 mata, atau 0.43 peratus, kepada 1,733.36 daripada paras penutup 1,725.89 pada Isnin.
Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi naik 1.63 mata kepada 1,727.52, dan bergerak turun naik antara paras 1,723.60 dan 1,734.53 sepanjang hari dagangan.
Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 762 berbanding 438, manakala 576 kaunter tidak berubah, 1,075 tidak diniagakan dan 16 digantung.
Jumlah dagangan meningkat kepada 3.74 bilion unit bernilai RM2.91 bilion daripada 3.45 bilion unit bernilai RM2.74 bilion pada Isnin.
Pengarah strategi pelaburan dan ahli ekonomi IPPFA Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata saham komoditi dan perladangan menerajui keuntungan dalam kalangan konstituen FBM KLCI, disokong oleh harga komoditi yang lebih tinggi dan pendapatan stabil mereka di tengah-tengah ketidakpastian geopolitik yang berterusan.
Beliau berkata pasaran tempatan kekal berdaya tahan meskipun prestasi pasaran serantau yang lebih lemah, dengan ekuiti Asia rata-ratanya berada di bawah tekanan di tengah-tengah peningkatan semula krisis Asia Barat dan harga minyak mentah.
Di peringkat serantau, Indeks Hang Seng Hong Kong meningkat sedikit 0.07 peratus kepada 25,471.15, Nikkei 225 Jepun merosot 2.54 peratus kepada 67,460.73, Indeks Komposit KOSPI Korea Selatan menyusut 1.55 peratus kepada 6,869.83, dan Indeks Straits Times Singapura jatuh 1.28 peratus kepada 5,694.85.
“Dalam keadaan ini, daya tahan FBM KLCI menunjukkan manfaat komposisi pasaran Malaysia yang stabil.
"Pasaran mempunyai pendedahan yang lebih besar kepada sektor komoditi, perladangan, perbankan dan berorientasikan domestik, dan pendedahan yang lebih rendah kepada saham teknologi pertumbuhan tinggi," katanya.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat empat sen kepada RM10.62, Public Bank dan IHH Healthcare naik satu sen masing-masing kepada RM5.11 dan RM8.15, CIMB Group menokok lapan sen kepada RM7.95, manakala Tenaga Nasional susut enam sen kepada RM14.42.
Dalam kalangan saham paling aktif, Zetrix AI susut 5.5 sen kepada 63.5 sen, JAKS Resources turun setengah sen kepada 13 sen, Key ASIC meningkat satu sen kepada 8.5 sen, manakala Dataprep dan Tanco tidak berubah masing-masing pada sembilan sen dan 24.5 sen.
Dalam kalangan saham paling untung, Malaysian Pacific Industries melonjak RM1.02 kepada RM48.02, Nestle meningkat 70 sen kepada RM103.70, Mi Technovation menokok 56 sen kepada RM6.45, Kelington menambah 46 sen kepada RM9.00 dan Petronas Gas menambah 22 sen kepada RM17.44.
Dalam kalangan saham paling rugi, United Plantations susut 40 sen kepada RM32.60, Ayer Holdings turun 25 sen kepada RM7.25, DKLS Industries berkurangan 20 sen kepada RM1.45, KESM Industries menyusut 15 sen kepada RM4.35 dan Hong Leong Bank merosot 14 sen kepada RM22.60.
Dalam kalangan indeks utama, Indeks FBM Top 100 meningkat 27.36 mata kepada 12,644.54 manakala Indeks FBM Emas Shariah menambah 20.24 mata kepada 12,666.74.
Indeks FBM Emas menokok 20.54 mata kepada 12,829.70, Indeks FBM 70 menyusut 76.18 mata kepada 18,211.66 manakala Indeks FBM ACE berkurangan 22.67 mata kepada 5,301.18.
Mengikut sektor, Indeks Perladangan melonjak 63.06 mata kepada 9,376.68, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 1.46 mata kepada 189.43, Indeks Tenaga naik sedikit 0.79 mata kepada 778.41, dan Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 58.28 mata kepada 20,308.00.
Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 2.01 bilion unit bernilai RM2.53 bilion daripada 1.75 bilion unit bernilai RM2.36 bilion pada Isnin.
Jumlah dagangan waran meningkat kepada 1.10 bilion unit bernilai RM151.69 juta daripada 957.50 juta unit bernilai RM131.46 juta sebelumnya.
Jumlah dagangan Pasaran ACE menyusut kepada 631.13 juta unit bernilai RM222.14 juta daripada 733.67 juta unit bernilai RM254.52 juta.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 213.78 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (314.37 juta), pembinaan (238.20 juta), teknologi (654.63 juta), perkhidmatan kewangan (67.23 juta), hartanah (175.58 juta), perladangan (34.19 juta), amanah pelaburan hartanah (28.23 juta), dana tertutup (767,500), tenaga (77.91 juta), penjagaan kesihatan (49.27 juta), telekomunikasi dan media (33.02 juta), pengangkutan dan logistik (64.70 juta), utiliti (60.99 juta), dan amanah perniagaan (317,300).
-- BERNAMA