BISNES

Bursa Malaysia ditutup tinggi, indeks komposit cecah paras tertinggi lebih daripada enam tahun

Bernama 09/01/2026 | 12:15 MYT
Pada 5 petang, FBM KLCI melonjak 16.97 mata atau 1.02 peratus untuk ditutup pada paras tertinggi harian 1,686.54 daripada paras penutup 1,669.57 pada Khamis. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini dengan indeks petunjuk pasaran mencecah paras tertinggi lebih daripada enam tahun susulan pembelian berterusan dalam saham mewah, sejajar dengan prestasi kukuh di pasaran serantau.


Ringkasan AI
  • Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, dengan FBM KLCI mencapai paras tertinggi dalam lebih daripada enam tahun berikutan pembelian berterusan dalam saham mewah.
  • Jumlah dagangan meningkat kepada RM2.75 bilion dengan 616 kaunter untung berbanding 469 kaunter rugi.
  • Naib Presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd menegaskan keyakinan terhadap prospek jangka pendek FBM KLCI disokong oleh momentum pasaran yang positif.


Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak 16.97 mata atau 1.02 peratus untuk ditutup pada paras tertinggi harian 1,686.54 daripada paras penutup 1,669.57 pada Khamis.

Paras yang sama dilihat pada 1,686.95 adalah pada 7 Mac, 2019.

Indeks utama itu dibuka tinggi naik 0.87 mata kepada 1,670.44 dan mencecah paras terendah harian 1,670.28 sebelumnya.

Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 616 berbanding 469, manakala 581 kaunter tidak berubah, 983 tidak diniagakan dan 24 digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.83 bilion unit bernilai RM2.75 bilion daripada 2.79 bilion unit bernilai RM2.84 bilion pada Khamis.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata syarikat broker itu terus yakin dengan prospek jangka pendek indeks petunjuk pasaran berikutan momentum menaiknya.

"Secara keseluruhan, FBM KLCI masih berada dalam aliran meningkat yang sihat merentasi tempoh jangka masa pendek hingga jangka panjang dengan momentum pasaran kekal menyokong," katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan kaunter berwajaran tinggi, Maybank melonjak 22 sen kepada RM10.86, Public Bank dan CIMB meningkat sembilan sen masing-masing kepada RM4.58 dan RM8.15. Press Metal naik 12 sen kepada RM7.20, TNB tidak berubah pada RM13.56, dan IHH Healthcare susut satu sen kepada RM8.53.

Dalam kalangan saham paling aktif, Zetrix AI meningkat 1.5 sen kepada 83 sen, VS Industry naik satu sen kepada 49 sen, CBH Engineering menokok dua sen kepada 61.5 sen, Tanco tidak berubah pada RM1.23, dan MMAG susut setengah sen kepada 6.5 sen.

Dalam kalangan kaunter paling untung, Malaysian Pacific Industries meningkat 90 sen kepada RM33.30, Hong Leong Bank naik 42 sen kepada RM23.06, Vitrox dan Hong Leong Financial Group menokok 38 sen masing-masing kepada RM4.69 dan RM19.74.

Dalam kalangan saham paling rugi, Malayan Cement susut 15 sen kepada RM7.95, Panasonic turun 13 sen kepada RM7.33, Hume Cement berkurangan 11 sen kepada RM3.48, manakala Master-Pack dan Atlan susut 10 sen masing-masing kepada RM1.90 dan RM2.80.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 10.68 mata kepada 12,349.42, Indeks FBM Top 100 turun 15.20 mata kepada 12,136.75 manakala Indeks FBM Emas Shariah meningkat 0.29 mata kepada 12,167.04.

Indeks FBM Mid 70 meningkat 146.38 mata kepada 17,319.58 manakala Indeks FBM ACE menokok 17.90 mata kepada 4,982.21.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 34.46 mata kepada 19,739.73, Indeks Tenaga meningkat 0.66 mata kepada 770.31, Indeks Perladangan menokok 39.76 mata kepada 8,437.70 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menyusut 0.56 mata kepada 171.90.

Jumlah dagangan Pasaran Utama naik sedikit kepada 1.54 bilion unit bernilai RM2.45 bilion daripada 1.53 bilion unit bernilai RM2.51 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan waran menyusut sedikit kepada 804.62 juta unit bernilai RM101.94 juta daripada 809.94 juta unit bernilai RM111.36 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 485.58 juta unit bernilai RM192.54 juta daripada 458.51 juta unit bernilai RM216.69 juta.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 211.43 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (300.05 juta), pembinaan (109.45 juta), teknologi (315.59 juta), perkhidmatan kewangan (112.01 juta), hartanah (171.81 juta), perladangan (26.32 juta), amanah pelaburan hartanah (149.38 juta), dana tertutup (20,300), tenaga (93.37 juta), penjagaan kesihatan (79.56 juta), telekomunikasi dan media (23.33 juta), pengangkutan dan logistik (52.61 juta), utiliti (26.42 juta), dan amanah perniagaan (1,000).

-- BERNAMA

#Bursa Malaysia #fbm klci #pelaburan #CIMB