BISNES
Bursa Malaysia ditutup tinggi lepasi paras 1,600, seiring prestasi bursa serantau
Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 4.98 mata, atau 0.31 peratus, untuk ditutup kepada 1,602.45 daripada paras penutup 1,597.47 pada Jumaat minggu lepas. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup tinggi bagi hari dagangan ketiga berturut-turut hari ini melepasi paras psikologi 1,600, didorong oleh sentimen serantau yang positif susulan kenaikan di Wall Street pada Jumaat minggu lepas.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.98 mata, atau 0.31 peratus, untuk ditutup kepada 1,602.45 daripada paras penutup 1,597.47 pada Jumaat minggu lepas.
Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi naik 5.35 mata kepada 1,602.82, dan bergerak antara paras 1,599.59 dan 1,609.65 sepanjang hari dagangan.
Bagaimanapun, keseluruhan pasaran sedikit negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 581 berbanding 520, manakala 462 kaunter tidak berubah, 1,041 tidak diniagakan dan 13 digantung.
Jumlah dagangan meningkat kepada 2.90 bilion unit bernilai RM3.17 bilion daripada 2.63 bilion unit bernilai RM2.70 bilion sebelumnya.
Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata, FBM KLCI meneruskan trajektori menaiknya seiring dengan kenaikan indeks serantau utama, yang kebanyakannya ditutup lebih tinggi berikutan keyakinan Rizab Persekutuan AS (Fed) mungkin akan mula menurunkan kadar faedah seawal bulan depan.
Bagi bursa tempatan, petunjuk utama pasaran melepasi empat tahap rintangan -- 1,540, 1,565, 1,585 dan 1,600 -- dalam tempoh tiga minggu lalu mencerminkan momentum kenaikan kukuh dan potensi untuk terus meningkat, katanya kepada Bernama
"Bagaimanapun, kami tidak menolak kemungkinan akan berlaku aktiviti pengambilan untung berikutan aliran menaik yang kukuh baru-baru ini.
"Jika indeks petunjuk pasaran utama kekal melepasi paras 1,600, sasaran kenaikan seterusnya adalah pada 1,650 dalam tempoh beberapa bulan akan datang, disokong oleh sokongan asas kukuh pada 1,540-1,550. Kami menjangkakan KLCI FBM berada dalam aliran 1,590-1,620 bagi minggu ini," katanya.
Sementara itu, ketua penyelidikan pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata FBM KLCI meneruskan peningkatannya bagi sesi dagangan ketiga berturut-turut seiring dengan momentum positif di Wall Street pada Jumaat minggu lepas.
"Kenaikan itu disokong oleh kenyataan pengerusi Fed Jerome Powell pada Simposium Jackson Hole, yang menunjukkan kesediaan Fed untuk kemungkinan menurunkan kadar pada September.
"Dalam sesi dagangan hari ini, indeks itu dibuka kukuh, mencecah paras tertinggi harian pada 1,609.65 dalam sejam pertama dagangan, sebelum turun semula ke paras 1,602," katanya.
Beliau berkata indeks petunjuk pasaran itu telah meningkat sebanyak 5.8 peratus setakat ini pada bulan ini, membayangkan kemungkinan ia akan berada pada fasa penstabilan dalam tempoh terdekat apabila para pelabur menyimpan keuntungan.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik 5.0 sen kepada RM9.85, Public Bank dan CIMB menambah 4.0 sen setiap satu masing-masing kepada RM4.51 dan RM7.50, Tenaga Nasional meningkat 16 sen kepada RM13.72, manakala IHH Healthcare susut 5.0 sen kepada RM6.79.
Dalam kalangan kaunter paling cergas, kumpulan Magma susut 9.5 sen kepada 21.5 sen, Mtouche Tech dan Tanco Holdings turun setengah sen masing-masing kepada 4.0 sen dan 73 sen, manakala Permaju Industries tidak berubah pada 1.0 sen dan Zetrix AI menambah 1.5 sen kepada 88.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 35.50 mata kepada 11,870.06, Indeks FBMT 100 menokok 37.62 mata kepada 11,648.79, Indeks FBM Emas Shariah naik 39.33 mata kepada 11,800.75, Indeks FBM 70 menambah 60.08 mata kepada 16,616.48 dan Indeks ACE FBM melonjak 16.85 mata kepada 4,760.47.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan mengukuh 82.33 mata kepada 18,305.29, Indeks Perladangan menambah 30.71 mata kepada 7,639.10, manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menyusut 1.24 mata kepada 164.09, dan Indeks Tenaga turun 3.18 mata kepada 745.76.
Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.76 bilion unit bernilai RM2.93 bilion daripada 1.50 bilion unit bernilai RM2.47 bilion pada Jumaat minggu lepas.
Jumlah dagangan waran menyusut kepada 652.92 juta unit bernilai RM88.90 juta daripada 675.98 juta unit bernilai RM93.19 juta sebelum ini.
Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 494.35 juta unit bernilai RM145.00 juta daripada 460.91 juta unit bernilai RM138.92 juta.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 393.33 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (266.67 juta), pembinaan (142.58 juta), teknologi (337.24 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (122.91 juta), hartanah (168.71 juta), perladangan (21.09 juta), REIT (25.03 juta), dana tertutup (372,800), tenaga (100.41 juta), penjagaan kesihatan (60.53 juta), telekomunikasi dan media (35.55 juta), pengangkutan dan logistik (34.18 juta), utiliti (46.71 juta), dan amanah perniagaan (1000,000).
-- BERNAMA