awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bursa Malaysia ditutup tinggi seiring dengan pasaran serantau

Bernama
Bernama
09/05/2025
11:19 MYT
Bursa Malaysia ditutup tinggi seiring dengan pasaran serantau
Bursa Malaysia mengekalkan momentum positif apabila ditutup lebih tinggi hari ini, disokong oleh belian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih seiring dengan trend meningkat di pasaran serantau, kata penganalisis. - Foto hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengekalkan momentum positif apabila ditutup lebih tinggi hari ini, disokong oleh belian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih seiring dengan trend meningkat di pasaran serantau, kata penganalisis.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.24 peratus atau 3.76 mata kepada 1,546.50 daripada 1,542.74 semasa ditutup semalam.
Indeks petunjuk pasaran dibuka meningkat 2.25 mata kepada 1,544.99 dan bergerak antara 1,542.74 dan 1,547.74 sepanjang hari dagangan.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 459 berbanding 454, manakala 517 kaunter tidak berubah, 937 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung dagangan.
Jumlah dagangan menyusut kepada 2.94 bilion unit bernilai RM1.89 bilion berbanding 3.36 bilion unit bernilai RM2.71 pada Khamis.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata FBM KLCI terus menunjukkan trend peningkatan berikutan pembelian yang menyeluruh.
"Indeks serantau utama mencatat trend peningkatan menjelang rundingan tarif pada akhir minggu antara China dan Amerika Syarikat (AS). Setiausaha Perbendaharaan AS Scott Bessent dan Wakil Perdagangan AS Jamieson Greer akan menghadiri mesyuarat di Switzerland dengan Naib Perdana Menteri China He Lifeng.
"Pengecualian tarif bersama ke atas item utama seperti elektronik dijangka memberikan sedikit sokongan. Pelabur kini menumpukan perhatian mereka terhadap data inflasi indeks harga pengguna pada Sabtu," katanya kepada Bernama hari ini.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah satu sen kepada RM9.89,Public Bank susut satu sen kepada RM4.44 manakala Tenaga Nasional, CIMB dan IHH Healthcare tidak berubah masing-masing pada RM14.30, RM6.87 dan RM7.01.
Bagi saham aktif, Sapura Energy tidak berubah pada 4.5 sen, CBH Engineering rendah 6.5 sen kepada 24 sen manakala MyEG meningkat setengah sen kepada 90.5 sen dan Tanco menambah 1.5 sen kepada 93 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 28.23 mata pada 11,520.04, Indeks FBMT 100 naik 28.90 mata kepada 11,285.93, dan Indeks FBM Emas Shariah meningkat 42.43 mata kepada 11,475.76.
Indeks FBM 70 menokok 47.67 mata kepada 16,313.70 dan Indeks FBM ACE meningkat 22.09 mata kepada 4,682.95.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 0.40 mata kepada 18,055.29, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 1.43 mata kepada 154.44, Indeks Tenaga menambah 7.0 mata kepada 693.44 manakala Indeks Perladangan naik 45.40 mata kepada 7,246.43.
Jumlah dagangan Pasaran Utama susut kepada 1.22 bilion unit bernilai RM1.59 bilion berbanding 1.57 bilion unit bernilai RM2.40 bilion semalam.
Jumlah dagangan waran merosot kepada 1.35 bilion unit bernilai RM209.38 juta daripada 1.38 bilion unit bernilai RM184.14 juta sebelumnya.
Jumlah dagangan Pasaran ACE susut kepada 372.11 juta unit bernilai RM100.66 juta berbanding 403.45 juta unit bernilai RM138.55 juta pada Khamis.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 188.79 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (213.30 juta), pembinaan (66.77 juta),teknologi (164.64 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (46.82 juta), hartanah (195.39 juta), perladangan (12.24 juta), REIT (19.46 juta), dana tertutup (2,900), tenaga (158.69 juta), penjagaan kesihatan (42.27 juta), telekomunikasi dan media (40.01 juta), pengangkutan dan logistik (30.53 juta), utiliti (37.18 juta), dan amanah perniagaan (81,400).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bursa Malaysia
#ftse
#ditutup tinggi
#fbm klci
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan