KUALA LUMPUR: Ekuiti Malaysia ditutup kebanyakannya positif minggu ini mencerminkan peningkatan keyakinan pelabur selepas Amerika Syarikat (AS) menghentikan seketika kenaikan kadar faedahnya.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.70 peratus atau 10.16 mata lebih tinggi untuk ditutup kepada 1,449.93 daripada paras penutup 1,439.77 pada Khamis.
Indeks petunjuk pasaran itu dibuka tinggi meningkat 7.86 mata kepada 1,447.63 dan bergerak antara paras 1,444.79 dan 1,453.19 sepanjang sesi dagangan.
Keseluruhan pasaran kekal positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 621 berbanding 309, manakala 440 kaunter tidak berubah, 981 tidak diniagakan dan 22 digantung.
Jumlah dagangan meningkat kepada 3.60 bilion unit bernilai RM2.02 bilion daripada 3.38 bilion unit bernilai RM1.93 bilion pada Khamis.
Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks utama serantau meningkat tinggi, terutamanya di Hong Kong, dengan minat belian tertumpu terutamanya kepada saham berkaitan teknologi, pengguna dan tenaga, mendapat dorongan daripada prestasi tinggi di Wall Street dan keyakinan tinggi bahawa Rizab Persekutuan (Fed) AS akan menamatkan kitaran kenaikan kadar faedahnya.
"Bagi bursa tempatan, kami kekal optimis dan menjangkakan indeks petunjuk pasaran itu akan mengekalkan momentum beliannya mendapat rangsangan daripada keyakinan yang muncul semula," katanya kepada Bernama.
Di Bursa Malaysia, dalam kalangan kaunter wajaran tinggi, Axiata dan Petronas Chemicals naik enam sen setiap satu masing-masing kepada RM2.35 dan RM7.19, Sime Darby Plantation meningkat tujuh sen kepada RM4.38, Press Metal Aluminium menokok lima sen kepada RM4.89, Tenaga Nasional menambah tujuh sen kepada RM9.97 dan MISC melonjak sembilan sen kepada RM7.30.
Dalam kalangan saham cergas, SMTrack dan Widad susut setengah sen setiap satu masing-masing kepada 4.5 sen dan 45 sen, manakala Zen Tech, MLabs dan Fitters tidak berubah masing-masing pada dua sen, satu sen dan empat sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 66.89 mata kepada 10,698.94, Indek FBMT 100 naik 63.31 mata kepada 10,368.41 dan Indeks FBM Emas Shariah menokok 82.05 mata kepada 10,906.79.
Indeks FBM 70 menambah 45.37 mata kepada 14,098.53 dan Indeks FBM ACE melonjak 75.01 mata kepada 5,098.99.
Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 1.06 mata kepada 171.71 manakala Indeks Perladangan meningkat 45.35 mata kepada 6,953.25 dan Indeks Tenaga menokok 4.67 mata kepada 875.48.
Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 63.37 mata kepada 16,298.88.
Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat sedikit kepada 1.94 bilion unit bernilai RM1.71 bilion berbanding 1.93 bilion unit bernilai RM1.61 bilion pada Khamis.
Jumlah dagangan waran naik kepada 537.52 juta unit bernilai RM77.88 juta daripada 480.69 juta unit bernilai RM77.09 juta.
Jumlah dagangan Pasaran ACE melonjak kepada 1.12 bilion saham bernilai RM229.56 juta daripada 964.52 juta saham bernilai RM240.08 juta sebelumnya.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 330.11 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (548.11 juta); pembinaan (146.04 juta); teknologi (175.65 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (66.67 juta); hartanah (261.48 juta); perladangan (26.38 juta); REITs (9.08 juta), dana tertutup (61,900); tenaga (163.96 juta); penjagaan kesihatan (55.26 juta); telekomunikasi dan media (32.21 juta); pengangkutan dan logistik (29.36 juta); dan utiliti (103.16 juta).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 03 2023
Keseluruhan pasaran kekal positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 621 berbanding 309, manakala 440 kaunter tidak berubah, 981 tidak diniagakan dan 22 digantung. - Gambar fail/Bernama
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
Prestasi kukuh itu adalah selari dengan fokus strategik AirAsia untuk mengembangkan kapasiti dan membina semula rangkaiannya.
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sokongan dana asing, institusi tempatan
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 7.50 mata untuk ditutup kepada 1,582.66 daripada paras penutup 1,575.16 pada Jumaat.
Bursa Malaysia dibuka tinggi seiring prestasi Wall Street
Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, mengambil petunjuk pasaran serantau dan kenaikan di Wall Street pada hari Jumaat.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
Bursa Malaysia ditutup rendah selepas kenaikan enam hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.23 mata kepada 1,569.25 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh dua tahun
Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 777 berbanding 327 manakala 480 kaunter tidak berubah, 780 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.
Gadang rayu EPU ketepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi pengambilan tanah Kwasa Damansara
Gadang Holdings Bhd berkata ia akan merayu kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mengenepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi memudahkan pemilikan tanah seluas 21.08 ekar di Kwasa Damansara.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang menggalakkan berikutan keyakinan didorong oleh pendapatan korporat yang kukuh.