KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit pada Jumaat walaupun dagangan rendah seiring dengan prestasi bursa serantau lain, kata seorang peniaga.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.63 mata kepada 1,453.92 daripada 1,453.29 ketika ditutup semalam.
Indeks itu dibuka 2.49 mata lebih tinggi kepada 1,455.78 sebelum bergerak antara 1,451.08 dan 1,456.05 sepanjang sesi dagangan.
Lingkungan pasaran adalah negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 528 berbanding 392, manakala 473 kaunter tidak berubah, 1,009 kaunter tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.
Jumlah dagangan merosot kepada 3.50 bilion unit bernilai RM2.35 bilion daripada 3.71 bilion unit bernilai RM2.08 bilion pada Khamis.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Thong Pak Leng berkata kenaikan itu sebahagian besarnya disebabkan pembelian kukuh terhadap Genting Bhd dan Genting Malaysia Bhd berikutan pendapatan suku tahunan mereka cemerlang.
Beliau berkata indeks serantau utama menunjukkan aliran rendah mencerminkan petunjuk ekonomi yang tidak memberangsangkan dari Jepun ditambah dengan beberapa aktiviti pengambilan untung susulan kenaikan semalam.
"Di peringkat tempatan, keadaan pasaran masih bersikap berhati-hati ekoran ketidaktentuan pasaran global yang semakin meningkat," katanya kepada Bernama.
Antara kaunter wajaran tinggi, Maybank tidak berubah pada RM9.09, Public Bank dan TNB masing-masing turun dua sen kepada RM4.25 dan RM10, CIMB naik satu sen kepada RM5.75 dan Petronas Chemicals melonjak 14 sen kepada RM7.30.
Bagi saham aktif, Top Glove menambah 1.5 sen kepada 90 sen, Leform meningkat satu sen kepada 29.5 sen, Hong Seng tidak berubah pada 2.5 sen, CSH naik 0.5 sen kepada enam sen manakala Widad merosot setengah sen kepada to 46.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 4.46 mata kepada 10,768.73, Indeks FBMT 100 berkurangan 3.29 mata kepada 10,430.89, Indeks FBM Emas Shariah susut 20.64 mata kepada 10,944.01.
Indeks FBM 70 menguncup 38.38 mata kepada 14,331.74, dan Indeks FBM ACE naik 3.27 mata kepada 5,205.43.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 1.08 mata kepada 16,384.32, Indeks Tenaga menguncup 10.82 mata kepada 834.85, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.77 mata kepada 174.11 dan Indeks Perladangan turun 16.12 mata kepada 6,931.35.
Jumlah dagangan Pasaran Utama merosot kepada 2.09 bilion unit bernilai RM2.04 bilion daripada 2.50 bilion unit bernilai RM1.80 bilion pada Khamis.
Jumlah dagangan waran meningkat kepada 710.88 juta unit bernilai RM87.76 juta daripada 573.50 juta unit bernilai RM75.05 juta sebelumnya.
Jumlah dagangan Pasaran ACE melonjak kepada 677.28 juta saham bernilai RM223.46 juta berbanding 637.42 juta saham bernilai RM210.79 juta semalam.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 358.17 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama; produk dan perkhidmatan perindustrian (502.14 juta); pembinaan (71.52 juta); teknologi (204.08 juta); SPAC (tiada); perkhidmatan kewangan (44.46 juta); hartanah (199.52 juta); perladangan (39.13 juta); REIT (10.29 juta); dana tertutup (21,600); tenaga (141.98 juta); penjagaan kesihatan (318.45 juta); telekomunikasi dan media (36.02 juta); pengangkutan dan logistik (31.66 juta); serta utiliti (136.58 juta).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 24 2023

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.63 mata kepada 1,453.92 daripada 1,453.29 ketika ditutup semalam. - Gambar fail/Bernama

Intel, Oracle luahkan kebimbangan terhadap tarif AS dengan Malaysia - Tengku Zafrul
Syarikat terkemuka Amerika Syarikat (AS), Intel dan Oracle telah meluahkan kebimbangan mengenai kesan tarif Amerika Syarikat (AS) terhadap operasi mereka di Malaysia, kata Menteri Pelaburan, Perdagang

Hampir setengah juta pelarian Syria di luar negara kembali ke tanah air
UNHCR melaporkan, kira-kira 438,000 pelarian Syria kembali ke tanah air mereka dari negara-negara jiran.

Malaysia tegaskan komitmen terhadap keadilan, keamanan mampan buat Palestin
Malaysia terus menegaskan peranannya sebagai suara berprinsip di peringkat antarabangsa dan komitmennya terhadap keadilan buat Palestin.

MAVCOM laporkan 99 peratus aduan pada separuh kedua 2024 telah diselesaikan
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) melaporkan sebanyak 99 peratus daripada semua aduan yang diterima pada separuh kedua 2024 (2H 2024) telah berjaya diselesaikan.

Piala Sudirman 2025: Jun Hao, Pearly ketuai cabaran negara di Xiaman
BAM mempertaruhkan Jun Hao dan Pearly Tan bagi mengetuai cabaran skuad negara di Piala Sudirman 2025 berlangsung pada 27 April hingga 4 Mei, di Xiamen, China.

Cadangan pemakaian lencana Jalur Gemilang diperluas ke Tabika Perpaduan - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara mencadangkan agar pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam sekolah diperluas ke Tabika Perpaduan.

KUSKOP dalam proses gubal akta baharu perkasa koperasi tempatan - Ewon
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Datuk Ewon Benedick berkata kemeteriannya kini dalam proses menggubal akta koperasi baharu bagi menggantikan Akta Koperasi 1993 (Akta 502).

Parlimen Belia: Sesi libat urus bersama universiti akan diadakan
Parlimen Malaysia akan mengadakan sesi libat urus bersama universiti awam dan swasta di seluruh negara bagi membincangkan pelaksanaan format baharu Parlimen Belia.

Harga minyak sawit dijangka kekal pada RM3,900 setan selepas peroleh semula daya saing
Harga minyak sawit dijangka kekal pada RM3,900 setan dalam beberapa minggu akan datang, disokong oleh pemulihan harga minyak kacang soya yang meningkatkan daya saing harga minyak sawit.

Keadaan kemanusiaan paling teruk di Gaza ketika sekatan bantuan melebihi 50 hari - PBB
Pejabat Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa memberi amaran bahawa krisis kemanusiaan di Semenanjung Gaza kini berada pada tahap paling kritikal sejak perang bermula.

Emas ditutup tinggi ketika kebimbangan meningkat mengenai ekonomi global
Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi untuk hari kedua berturut-turut pada Selasa.

Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan sentimen berhati-hati
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan aktiviti jualan dalam sektor perkhidmatan kewangan dan produk industri dan perkhidmatan berwajaran tinggi.

Ho Hup Construction diklasifikasi sebagai syarikat PN17
Menurut Bursa Malaysia, pengklasifikasian berkenaan berdasarkan pengumuman Ho Hup pada 18 April 2025.

Bursa Malaysia ditutup hampir tidak berubah berikutan dagangan hambar
Indeks penanda aras Bursa Malaysia ditutup hampir tidak berubah di bawah paras 1,500 pada Isnin apabila pelabur menyeimbangkan antara ketidaktentuan global yang berterusan.

Unit Sunsuria meterai DRA dengan Kwasa Land bagi projek kediaman di Sungai Buloh
Perjanjian dengan unit di bawah Kwasa Land Sdn Bhd (Kwasa Land) itu melibatkan anggaran nilai pembangunan kasar sebanyak RM492 juta.

Abdul Wahid terima Anugerah Saleh Kamel untuk ekonomi Islam di Madinah
Pengerusi Bursa Malaysia Bhd Tan Sri Abdul Wahid Omar menerima Anugerah Saleh Kamel yang berprestij untuk Ekonomi Islam pada Simposium Ekonomi Islam AlBaraka ke-45 di Madinah.

Bursa Malaysia dibuka rendah seiring prestasi Wall Street, sentimen berhati-hati
Pada 9.10 pagi ini, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.78 mata kepada 1,483.65 daripada 1,486.43, semalam.

Bursa Malaysia teruskan kenaikan disokong sentimen positif
Bursa Malaysia meneruskan momentum positifnya untuk ditutup lebih tinggi hari ini berikutan sentimen pelabur yang bertambah baik seiring dengan prestasi pasaran serantau yang memberangsangkan.

Bursa Malaysia ditutup tinggi, FBM KLCI naik 26.10 mata
Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, dipacu aktiviti belian saham semasa harga rendah yang berterusan dan sentimen lebih baik di seluruh pasaran serantau.

Pasaran saham Malaysia kekal berdaya tahan dalam persekitaran tekanan global - Abdul Wahid
Pasaran saham negara diyakini kukuh meskipun berdepan tekanan global susulan pengumuman tarif baharu Amerika Syarikat, kata Pengerusi Bursa Malaysia Tan Sri Abdul Wahid Omar.