BISNES
  
            Bursa Malaysia kembali meningkat selepas dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.78 mata atau 0.11 peratus kepada 1,624.20 daripada 1,622.42 ketika ditutup semalam. -Gambar fail/Bernama
            
      KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia kembali meningkat selepas dibuka rendah pada Selasa, menjejaki prestasi tidak menentu yang dialami pasaran serantau serta Wall Street dalam tempoh semalaman.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini 
Pada 9.10 pagi, Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.78 mata atau 0.11 peratus kepada 1,624.20 daripada 1,622.42 ketika ditutup semalam.
Indeks penanda aras itu dibuka 1.20 mata lebih rendah kepada paras 1,621.22.
Bagaimanapun, keadaan pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 228 berbanding 156, manakala 310 kaunter tidak berubah, 1,953 kaunter tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung dagangan.
Jumlah dagangan mencecah 228.39 juta saham bernilai RM101.04 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup dengan prestasi bercampur-campur dalam tempoh semalaman apabila saham berkaitan kecerdasan buatan (AI) terus meningkat.
Beliau berkata Indeks Hang Seng Hong Kong meningkat semula susulan rundingan perdagangan baru-baru ini yang dilihat meredakan ketegangan antara dua kuasa besar di samping menambah baik sentimen pelabur secara keseluruhan.
"Selain itu, kami menjangkakan institusi tempatan menjadi pembeli utama serta berharap dana asing kekal lebih lama. Oleh itu, FBM KLCI mungkin bergerak dalam julat 1,620 hingga 1,630 hari ini," katanya kepada Bernama.
Kalangan kaunter berwajaran tinggi, Maybank dan CIMB Group masing-masing meningkat empat sen kepada RM9.99 dan RM7.46 manakala Public Bank menambah dua sen kepada RM4.26, Tenaga Nasional dan IHH Healthcare masing-masing tidak berubah pada RM13.34 dan RM8.35.
Bagi kaunter paling aktif, Borneo Oil dan MMAG masing-masing kekal pada setengah sen dan 18.5 sen manakala NexG susut setengah sen kepada 34.5 sen, Perak Transit menokok satu sen kepada 32 sen dan Dagang Nexchange naik setengah sen kepada 33.5 sen.
Bagi kaunter paling rugi, Nestle susut 90 sen kepada RM112.30, Batu Kawan merosot 30 sen kepada RM19, Malaysian Pacific Industries turun 20 sen kepada RM30.80, Hong Leong Industries berkurangan 16 sen kepada RM13.90, dan Lim Seong Hai Capital menguncup sembilan sen kepada RM2.21.
Di papan indeks, Indeks FBMT 100 naik 6.73 mata kepada 11,835.29, manakala Indeks FBM Emas naik 5.44 mata kepada 12,088.44.
Indeks FBM Emas Syariah turun 10.23 mata kepada 12,124.87, Indeks FBM ACE kurang 29.44 mata kepada 5,142.33, dan Indeks FBM Mid 70 susut 17.49 mata kepada 17,008.15.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 69.60 mata kepada 18,379.26, Indeks Perladangan turun 20.17 mata kepada 8,032.01, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 0.03 mata kepada 172.36, manakala Indeks Tenaga susut 1.13 mata kepada 772.26.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
              
            
 
    
            
            
  Ringkasan AI
- Bursa Malaysia mengalami peningkatan selepas pembukaan rendah pada Selasa, mengikut prestasi pasaran serantau dan Wall Street semalam.
 - Jumlah dagangan mencatatkan 228.39 juta saham bernilai RM101.04 juta dengan kebanyakan kaunter rugi berbanding untung.
 - Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, menjangkakan FBM KLCI bergerak dalam julat 1,620 hingga 1,630 hari ini disebabkan oleh faktor institusi tempatan dan dana asing.
 
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Pada 9.10 pagi, Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.78 mata atau 0.11 peratus kepada 1,624.20 daripada 1,622.42 ketika ditutup semalam.
Indeks penanda aras itu dibuka 1.20 mata lebih rendah kepada paras 1,621.22.
Bagaimanapun, keadaan pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 228 berbanding 156, manakala 310 kaunter tidak berubah, 1,953 kaunter tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung dagangan.
Jumlah dagangan mencecah 228.39 juta saham bernilai RM101.04 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup dengan prestasi bercampur-campur dalam tempoh semalaman apabila saham berkaitan kecerdasan buatan (AI) terus meningkat.
Beliau berkata Indeks Hang Seng Hong Kong meningkat semula susulan rundingan perdagangan baru-baru ini yang dilihat meredakan ketegangan antara dua kuasa besar di samping menambah baik sentimen pelabur secara keseluruhan.
"Selain itu, kami menjangkakan institusi tempatan menjadi pembeli utama serta berharap dana asing kekal lebih lama. Oleh itu, FBM KLCI mungkin bergerak dalam julat 1,620 hingga 1,630 hari ini," katanya kepada Bernama.
Kalangan kaunter berwajaran tinggi, Maybank dan CIMB Group masing-masing meningkat empat sen kepada RM9.99 dan RM7.46 manakala Public Bank menambah dua sen kepada RM4.26, Tenaga Nasional dan IHH Healthcare masing-masing tidak berubah pada RM13.34 dan RM8.35.
Bagi kaunter paling aktif, Borneo Oil dan MMAG masing-masing kekal pada setengah sen dan 18.5 sen manakala NexG susut setengah sen kepada 34.5 sen, Perak Transit menokok satu sen kepada 32 sen dan Dagang Nexchange naik setengah sen kepada 33.5 sen.
Bagi kaunter paling rugi, Nestle susut 90 sen kepada RM112.30, Batu Kawan merosot 30 sen kepada RM19, Malaysian Pacific Industries turun 20 sen kepada RM30.80, Hong Leong Industries berkurangan 16 sen kepada RM13.90, dan Lim Seong Hai Capital menguncup sembilan sen kepada RM2.21.
Di papan indeks, Indeks FBMT 100 naik 6.73 mata kepada 11,835.29, manakala Indeks FBM Emas naik 5.44 mata kepada 12,088.44.
Indeks FBM Emas Syariah turun 10.23 mata kepada 12,124.87, Indeks FBM ACE kurang 29.44 mata kepada 5,142.33, dan Indeks FBM Mid 70 susut 17.49 mata kepada 17,008.15.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 69.60 mata kepada 18,379.26, Indeks Perladangan turun 20.17 mata kepada 8,032.01, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 0.03 mata kepada 172.36, manakala Indeks Tenaga susut 1.13 mata kepada 772.26.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Bagaimana prestasi Bursa Malaysia selepas dibuka pada hari Selasa?
A: Bursa Malaysia kembali meningkat selepas dibuka rendah pada hari Selasa, dengan Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.78 mata atau 0.11 peratus kepada 1,624.20. - Q: Apakah jumlah dagangan saham yang dicatatkan pada hari tersebut?
A: Jumlah dagangan mencecah 228.39 juta saham bernilai RM101.04 juta. - Q: Apa yang menyebabkan peningkatan prestasi Bursa Malaysia pada hari tersebut?
A: Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd mengatakan prestasi positif Bursa Malaysia mungkin disebabkan oleh rundingan perdagangan baru-baru ini yang meredakan ketegangan antara dua kuasa besar, di samping institusi tempatan yang menjadi pembeli utama dan harapan dana asing yang kekal lebih lama. - Q: Kaunter saham manakah yang mengalami peningkatan pada hari tersebut?
A: Maybank dan CIMB Group meningkat empat sen kepada RM9.99 dan RM7.46 masing-masing, manakala Public Bank menambah dua sen kepada RM4.26. Tenaga Nasional dan IHH Healthcare tidak berubah pada RM13.34 dan RM8.35. - Q: Apakah sektor yang mengalami kenaikan dan penurunan pada hari tersebut?
A: Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 69.60 mata kepada 18,379.26, manakala Indeks Perladangan turun 20.17 mata kepada 8,032.01.