KUALA LUMPUR: Aktiviti memburu saham berharga murah melonjakkan Bursa Malaysia pagi ini seiring dengan prestasi Wall Street, didorong oleh pemulihan semula dalam kalangan saham perbankan selepas pihak berkuasa meyakinkan pasaran tentang kestabilan kewangan.
Pada 9.09 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 3.2 mata kepada 1,402.90 berbanding 1,399.70 pada penutupan urus niaga Jumaat lepas.
Pasaran memulakan dagangan pagi ini pada paras 1,400.95, meningkat 1.25 mata.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi 158 berbalas 138, manakala 225 kaunter tidak berubah, 1,751 tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung.
Jumlah dagangan adalah sebanyak 238.62 juta unit bernilai RM84.59 bilion.
Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, minat belian semula di Wall Street menunjukkan keyakinan pelabur yang boleh merebak ke bursa tempatan.
Firma pembrokeran itu menambah keyakinan pengguna Amerika Syarikat (AS) dan kadar keluaran dalam negara kasar suku keempat 2022 dijangka menjadi tumpuan minggu ini.
Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pasaran AS disokong oleh momentum belian dalam teknologi permodalan besar dan sektor lain, yang membantu menaikkan semua indeks utama ke zon positif.
Bagaimanapun, beliau berkata penjualan saham Deutsche Bank mempunyai kesan negatif terhadap sentimen pasaran.
Namun begitu, Thong percaya krisis perbankan di AS dan Eropah memberi impak yang sangat kecil kepada Malaysia kerana sistem perbankan domestik dan risiko kualiti aset diurus dengan amat baik.
"Indeks penanda aras tempatan masih dalam kedudukan terlebih jual, justeru kami menjangkakan FBM KLCI akan berada dalam aliran antara 1,400-1,410 untuk hari ini,'' katanya.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi Bursa Malaysia - Genting Malaysia menokok sembilan sen kepada RM2.64, Genting Bhd naik 10 sen menjadi RM4.60 dan Petronas Gas menambah 18 sen kepada RM16.30, manakala Maxis dan Press Metal naik empat sen, masing-masing mencatatkan harga RM4.02 dan RM4.71.
Bagi saham aktif, Hong Seng Consolidated dan AT Systematization tidak berubah, masing-masing pada 12.5 sen dan satu sen sementara Jade Marvel meningkat satu sen kepada 30.5 sen dan Tanco menambah setengah sen menjadi 46.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas memperoleh 20.12 mata kepada 10,278.30, Indeks FBMT 100 menambah 19.55 mata kepada 9,971.38 dan Indeks FBM 70 menokok 12.79 mata kepada 13,310.51.
Indeks FBM Emas Syariah naik 11.71 mata menjadi 10,610.92 manakala Indeks FBM ACE turun 4.74 mata kepada 5,299.08.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 13.89 mata kepada 15,463.41, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.62 mata kepada 166.16 manakala Indeks Tenaga turun 1.81 mata menjadi 801.07 dan Indeks Perladangan berkurangan 7.54 mata kepada 6,706.39.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 27 2023

Pada 9.09 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 3.2 mata kepada 1,402.90 berbanding 1,399.70 pada penutupan urus niaga Jumaat lepas. -Gambar fail/Bernama

PM perlu terus terang isu sempadanan maritim dengan Indonesia - Muhyiddin
Muhyiddin berkata, tindakan kerajaan yang disifatkan 'semberono' itu dilihat dibuat tanpa mengambil kira impak secara menyeluruh.

Takiyuddin sahkan Eizlan Yusof sertai Pas
Menurutnya, ada beberapa lagi tokoh lain, namun nama mereka akan diumumkan pada waktu yang sesuai.

'Tak sangka sepakan basikal hasilkan gol'
Jaringan peribadi ke-15 Forestieri musim ini kembali menjelmakan semula rentak penyandang juara sembilan kali berturut-turut itu.

ARC: Hong Kong terlalu kuat buat skuad Bunga Raya
Skuad Bunga Raya ternyata bukan tandingan lawan yang merupakan pasukan kedua terbaik Asia dan ke-24 dalam ranking dunia.

Industri perbankan akan berkembang di bawah Abdul Rasheed - ABM
Khairussaleh berkata industri perbankan akan mendapat manfaat daripada pengalaman Abdul Rasheed.

Habuan cecah RM1 juta menanti atlet para negara
Subramaniam percaya barisan atlet para akan menerima habuan masing-masing selepas berjuang mengharumkan nama Malaysia.

Terbuka Singapura: Aaron-Wooi Yik tamatkan cabaran di separuh akhir
Aaron-Wooi Yik tewas kepada Liang Wei Keng-Wang Chang dari China 21-16, 15-21, 17-21, sekali gus memburukkan lagi rekod mereka.

DSV mahu kembalikan zaman kegemilangan Kelantan FC
Jika berjaya ambil alih, ini kali kedua DSV terlibat dengan Kelantan FC, selepas pada 2016, dengan nilai tajaan melebihi RM16 juta.

UCL 2023: Manchester City muncul juara, tundukkan Inter Milan
Inter Milan hampir menyamakan kedudukan pada minit-minit akhir apabila sepakan Romelu Lukaku diselamatkan oleh Ederson.

PAU2023: UMNO perlu bangkit jadi pilihan rakyat - Wan Rosdy
Wan Rosdy membangkitkan persoalan, adakah ahli UMNO dan BN gagal mempengaruhi keluarga dan saudara terdekat untuk menyokongnya.

Bursa Malaysia pulih daripada penurunan 2 hari berturut-turut
Bursa Malaysia pulih daripada penurunan dua hari berturut-turut untuk ditutup tinggi sedikit hari ini seiring dengan aliran meningkat di bursa serantau, kata seorang penganalisis.

Bursa Malaysia meningkat semula, ambil petunjuk prestasi kukuh Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.09 mata kepada 1,377.73 daripada 1,374.64 semasa ditutup pada Khamis.

Bursa Malaysia dibuka rendah, prestasi Wall Street bercampur-campur
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.18 mata kepada 1,376.47 daripada 1,378.65 pada penutup Rabu.

Bursa Malaysia dibuka rendah meskipun Wall Street catat keuntungan
Pada 9.05 pagi, FBM KLCI susut 1.33 mata kepada 1,381.84 daripada 1,383.17 pada penutup Selasa.

Bursa Malaysia diniagakan agak tinggi pada sesi awal dagangan
Bursa Malaysia meningkat untuk dibuka lebih tinggi sedikit pada sesi dagangan awal Selasa.

Atasi isu hartanah tidak terjual, elak beban ekonomi negara - Pakar
Penganalisis hartanah berkata isu lambakan hartanah tidak terjual berlaku sejak 2016, merentasi pelbagai kategori hartanah.

Dagangan Bursa Malaysia melantun pada sesi awal urus niaga
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.16 mata kepada 1,384.17 daripada 1,383.01 pada penutup semalam.

Kebimbangan kemelut hutang AS dorong Bursa Malaysia dibuka rendah
Kebimbangan berkisar kemelut perjanjian siling hutang Amerika Syarikat (AS) terus melemahkan sentimen pelabur pagi ini.

Bursa Malaysia dibuka rendah, petunjuk Wall Street bercampur-campur
Pada 9.09 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 1.25 mata kepada 1,395.66 daripada 1,396.91 pada penutup semalam.

MAHB kekal untung selepas merekodkan untung bersih suku pertama RM58.19 juta
MAHB catat untung bersih RM58.19 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2023 berbanding kerugian RM104.76 juta pada suku yang sama sebelumnya.