awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan Rahmah MADANI lebih kerap mudahkan rakyat beli barangan keperluan asas
Pemenang harap KPM tubuh Suruhanjaya Khas Pendidikan Negara atasi masalah buli
Selepas United dan Leverkusen, Erik ten Hag kembali ke FC Twente
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bursa Malaysia sahkan perbincangan pindah ke TRX

Bernama
Bernama
18/06/2024
14:20 MYT
Bursa Malaysia sahkan perbincangan pindah ke TRX
Pengumuman selanjutnya hanya akan dibuat apabila terdapat perkembangan penting mengenai perkara itu. - Foto: TRX
KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Bhd mengesahkan bahawa perbincangan dengan Mulia Property Development Sdn Bhd mengenai perpindahan ke Tun Razak Exchange (TRX) sedang berjalan, dengan butiran terperinci masih belum dimuktamadkan.
"Pengumuman selanjutnya hanya akan dibuat apabila terdapat perkembangan penting mengenai perkara itu," kata pengendali bursa saham itu dalam makluman kepada Bursa hari ini.
Bursa Malaysia berkata demikian sebagai mengulas dua artikel bertajuk "Bursa Malaysia mulling move to TRX" and "In final negotiation stage, Bursa Malaysia's headquarters to be moved to TRX," (Bursa Malaysia timbang pindah TRX" dan "Rundingan di peringkat akhir, ibu pejabat Bursa Malaysia akan dipindahkan ke TRX) yang dikeluarkan baru-baru ini.
Menurut artikel itu Bursa Malaysia dan Mulia Property sedang di peringkat akhir rundingan untuk memindahkan ibu pejabat bursa ke TRX. Sekiranya langkah itu menjadi kenyataan, Bursa Malaysia berkemungkinan akan menduduki dua tingkat bangunan Exchange 106.
Mulia Property adalah pemaju bangunan Exchange 106 setinggi 106 tingkat di TRX.
Ketika ini Bursa Malaysia beroperasi di Exchange Square, kompleks pejabat 16 tingkat yang terletak di Bukit Kewangan, di sini.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bursa Malaysia
#TRX
#mulia property development
#pindah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan