KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia bergerak lebih tinggi sedikit pada sesi urus niaga pagi ini, sejajar dengan prestasi positif Wall Street selepas kebimbangan terhadap usaha memerangi inflasi berkurangan berikutan penurunan harga minyak mentah, kata seorang peniaga.
Pada jam 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.42 mata kepada 1,491.77 daripada penutup Rabu 1,491.35.
Namun begitu, indeks penanda aras dibuka 0.48 mata lebih rendah pada 1,490.87.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi 192 berbanding 92, manakala 192 kaunter tidak berubah, 1,814 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.
Jumlah dagangan adalah sebanyak 108.54 juta unit bernilai RM58.30 juta.
Menurut Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng, Purata DJI meningkat sebanyak 436 mata dan Nasdaq memperoleh 247 mata, manakala hasil 10 tahun Amerika Syarikat susut kepada di bawah 3.27 peratus.
"Memandangkan keuntungan yang dicatatkan oleh ekuiti AS, kami berpendapat sentimen di bursa tempatan akan bertambah baik, sekali gus menjangkakan indeks kemungkinan menguji paras 1,500 hari ini," katanya kepada Bernama.
Beliau juga berkata saham teknologi dijangka menarik sedikit minat belian hari ini selepas mempamerkan prestasi hambar sepanjang bulan lalu.
"Sementara itu, sektor perladangan dan tenaga diunjur mengalami sedikit tekanan jualan hari ini dengan harga minyak sawit mentah merosot kepada sekitar RM3,600 satu tan manakala minyak mentah Brent turun kepada US$88 setong berikutan kebimbangan kemelesetan global," katanya.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank masing-masing menambah dua sen menjadi RM8.95 dan RM4.66, IHH Healthcare naik empat sen kepada RM6.24, manakala Petronas Chemicals susut 13 sen kepada RM8.87 dan CIMB kerugian dua sen untuk mencatatkan RM5.38.
Bagi saham aktif, Metronic Global dan SNS Network masing-masing meningkat setengah sen kepada 6.5 sen dan 26.5 sen, Sarawak Consolidated naik satu sen kepada 16 sen, Orgabio menokok tiga sen menjadi 35 sen manakala Hibiscus Petroleum lemah tiga sen kepada 97 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengukuh 9.03 mata kepada 10,594.40, Indeks FBMT 100 menambah 9.16 mata menjadi 10,342.46, Indeks FBM 70 lebih tinggi 36.49 mata kepada 12,716.46, Indeks FBM Emas Syariah meraih 7.95 mata menjadi 10,672.53 manakala FBM ACE memperoleh 8.43 mata kepada 4,782.05.
Mengikut sektor, Indeks Perladangan turun 15.24 mata kepada 7,013.59, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.57 mata kepada 184.48, Indeks Tenaga jatuh 11.38 mata kepada 697.81 sementara Indeks Perkhidmatan Kewangan mengukuh 5.09 mata kepada 16,718.12.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 08 2022

Pada jam 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.42 mata kepada 1,491.77 daripada penutup Rabu 1,491.35. -Gambar hiasan/Dagang News

Parti pembangkang India mahu Adani Group disiasat
Tuntutan parti pembangkang supaya isu itu dibincangkan di parlimen ditolak.

Pakej internet murah: Perlu tingkat kualiti perkhidmatan di Sabah
Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap akan tidak begitu bermakna sekiranya liputan internet masih tidak mencapai tahap yang memuaskan.

Pemain industri makanan perlu kerjasama jayakan pelaksanaan Menu Rahmah
Pengusaha makanan dan minuman perlu bekerjasama dalam menjayakan seruan kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup menerusi pelaksanaan Program Menu Rahmah.

Bekas CEO CAAM kini CEO penerbangan Kumpulan Berjaya
Berjaya Land Bhd melantik Datuk Kapten Chester Voo sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) bagi penerbangan kumpulannya.

Tze Yong wakil tunggal negara di Thailand Masters
Ng Tze Yong, menjadi wakil tunggal negara yang meneruskan perjuangan dalam saingan Thailand Masters.

Politik Pakistan | Polis Pakistan tahan bekas Menteri Kabinet Imran Khan
Polis Pakistan menahan ahli politik terkenal negara itu Sheikh Rashid Ahmed, Penahanan dibuat beberapa hari selepas beliau menuduh menuduh bekas Presiden Asif Ali Zardari terlibat cubaan membunuh bekas Perdana Menteri Imran Khan.

10 Berita Pilihan - (02 Februari 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Stadium Shah Alam | Kos akan diperincikan selepas selesai sesi libat urus
Kos pembangunan semula Stadium Shah Alam akan diperincikan selepas pameran dan sesi libat urus awam berkaitan stadium itu selesai, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Letupan Masjid | Pengebom bunuh diri berpakaian seragam polis
Pasukan penyiasat Pakistan mengesahkan pengebom bunuh diri di sebuah masjid di Peshawar memakai seragam pihak berkuasa itu ketika melancarkan serangan terbabit. Perkembangan mengenai tragedi yang mengorbankan hampir 100 nyawa itu dimaklumkan ketua polis daerah Khyber Pakhtun-Khwa, Moazzam Jah Ansari.

Ibadah Umrah | Hanya 10 peratus tiket dijual kepada jemaah Indonesia - MOTAC
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengesahkan Amal By Malaysia Airlines, cabang penerbangan haji dan umrah yang dikendalikan Malaysia Airlines, hanya menjual 10 peratus daripada jumlah keseluruhan kapasiti tiket umrah kepada jemaah Indonesia. MOTAC dalam kenyataan hari ini memaklumkan 90 peratus kapasiti tiket berkenaan ditawarkan kepada jemaah Malaysia dan dilihat mencukupi untuk ditempah oleh agensi pengurusan umrah tempatan yang dilesenkan kementerian itu.

Bursa Malaysia meningkat semula berikutan aktiviti belian saham pada harga rendah
Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 5.93 mata kepada 1,491.43 daripada 1,485.50 pada Selasa.

Bursa Malaysia dibuka tinggi susulan sentimen positif
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.31 mata kepada 1,500.86 daripada paras penutup 1,497.55 pada Jumaat minggu lepas.

Digi.com Bhd umum cadangan tukar nama kepada CelcomDigi Bhd
Cadangan penukaran nama itu adalah selaras dengan obligasi syarikat di bawah perjanjian pembelian saham bertarikh 21 Jun, 2021.

Unit Uzma peroleh kontrak RM40 juta daripada Sarawak Shell
Kontrak tersebut melibatkan pembekalan perencat hidrat kinetik, perencat pengakisan dan perkhidmatan berkaitan untuk medan gas Timi Shell.

Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.07 mata kepada 1,500.40 daripada 1,500.33 pada Jumaat lepas.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan pengambilan untung sederhana
Bursa Malaysia mengalami penurunan semula daripada kenaikan semalam untuk dibuka rendah pada Rabu.

Bursa Malaysia kumpul RM3.49 bilion dalam penyenaraian pada 2022
Bursa Malaysia Bhd berjaya mengumpulkan sejumlah RM3.49 bilion menerusi penyenaraian primer dan sekunder sepanjang tahun lepas, peningkatan sebanyak 27 peratus daripada RM2.75 bilion pada 2021.

Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi harian
Bursa Malaysia mengakhiri dagangan minggu ini dalam wilayah positif dan mencecah paras tertinggi harian pada Jumaat.

Bursa Malaysia dibuka tinggi, sentimen semakin positif apabila inflasi AS mereda
Bursa Malaysia dibuka tinggi pada urus niaga pagi Jumaat didorong oleh sentimen positif selepas angka Indeks Harga Pengguna (IHP) AS terkini menunjukkan inflasi di Amerika Syarikat terus menurun.

Dagangan sekuriti Serba Dinamik disambung semula pagi ini
Ia turut memaklumkan mengenai Pekeliling Penyenaraian berkaitan dengan penggantungan dagangan SERBADK yang akan berkuat kuasa bermula 9.00 pagi ini.