awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bursa RISE mampu ketengahkan 'permata belum digilap' ke dalam pasaran

Agensi
Agensi
14/04/2022
08:57 MYT
Bursa RISE mampu ketengahkan 'permata belum digilap' ke dalam pasaran
Bursa Malaysia melancarkan Bursa RISE pada penghujung bulan lepas untuk meningkatkan halaju perdagangan serta profil korporat PLC yang mengambil bahagian melalui liputan penyelidikan dan aktiviti pemasaran. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Bhd menganggap pelancaran Skim Insentif Bursa Research (Bursa RISE) bakal membantu membawa keluar dan mengetengahkan syarikat yang dianggap ‘permata belum digilap’ ke dalam pasaran.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Muhamad Umar Swift berkata, Bursa RISE juga akan jadi pemangkin, pelengkap dan penyokong kepada program Transformasi Syarikat Senaraian Awam (PLC) yang baru sahaja dilancarkan baru-baru ini.
Menurutnya, pihaknya mendapat respons yang baik daripada syarikat-syarikat di negara ini sejak Bursa RISE dan Transformasi PLC dilancarkan pada bulan lepas.
“Lebih penting lagi, kami sedang mengesan dan membawa apa yang kami fikirkan permata yang belum digilap ke dalam pasaran dan bekerjasama dengan syarikat kami.
“Kami menggunakan Bursa RISE sebagai pemangkin untuk menyokong perkara ini. Kami juga telah melancarkan Transformasi PLC yang menyasarkan ketelusan, pendekatan yang diambil untuk membantu syarikat mendapat keuntungan.
“Seperti yang diketahui semua pelabur, mengapa kami melabur? Kami melabur untuk pertumbuhan, kami melabur untuk dividen dan sudah tentu didorong oleh keuntungan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program wawancara khas yang disiarkan CNBC pada Khamis.
Bursa Malaysia melancarkan Bursa RISE pada hujung bulan lepas untuk meningkatkan halaju perdagangan serta profil korporat PLC yang mengambil bahagian melalui liputan penyelidikan dan aktiviti pemasaran.
Program itu yang dilaksanakan oleh firma penyelidikan berlesen bertujuan mewujudkan penghargaan yang lebih baik terhadap asas-asas PLC, yang akan membawa kepada pengiktirafan nilai yang lebih baik kepada syarikat-syarikat berkenaan.
Inisiatif Bursa RISE juga sejajar dengan landskap pasaran modal yang sentiasa berkembang, yang mana para pelabur mencari penglibatan pihak berkepentingan yang lebih baik dan komunikasi yang telus.
Topic Berkaitan
#Bursa Malaysia
#Bursa RISE
#Transformasi PLC
#Datuk Muhamad Umar Swift
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan