awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BYD mula jual dua EV dengan sistem pengecasan 400km dalam masa 5 minit

Amanz
Amanz
11/04/2025
03:10 MYT
BYD mula jual dua EV dengan sistem pengecasan 400km dalam masa 5 minit
BYD Han L ialah kereta sedan yang dilengkapi motor sehingga 230 kW (308 hp) di hadapan dan 580 kW (778 hp) di belakang. - Foto Amanz
BULAN lalu BYD mengumumkan sistem pengecasan pantas terkini 1000V Super e-platform mereka yang boleh meningkatkan jarak perjalanan kenderaan sehingga 400 km dalam masa hanya 5 minit.
Hari ini BYD Han L dan Tang L akhirnya dijual secara rasmi di China selepas sebulan pratempahan dibuka.
BYD Han L ialah kereta sedan yang dilengkapi motor sehingga 230 kW (308 hp) di hadapan dan 580 kW (778 hp) di belakang.
Bateri BYD Blade 83.212 kWh yang disertakan memberi jarak perjalanan sehingga 601 km CLTC.
Menerusi pengecasan pantas, bateri boleh dicas dari 0-100% dalam masa 20 minit. Sementara itu masa pecutan 0-100 km/j ialah 2.7 saat. Ini ialah versi yang paling premium ditawarkan oleh BYD.
Terdapat juga model dengan motor RWD sahaja dan dua lagi model PHEV. Sistem swapandu DiPilot 300 disertakan sekali dengan ia dilengkapi sensor LiDAR.
Selain sistem swapandu ia juga boleh melakukan parkir serta melakukan brek kecemasan.
Di China BYD Han L dijual pada harga bermula RMB 219,800 (~RM 134,000) sebuah.
BYD Han L dan Tang L. - Foto Amanz
BYD Han L dan Tang L. - Foto Amanz
Kenderaan kedua ialah BYD Tang L yang dilengkapi motor sehingga 810kW (1,100hp) untuk model AWD. dan bateri 100.53kWh LFP yang memberikan jarak perjalanan sehingga 670 km CLTC.
Menerusi pengecasan pantas, bateri boleh dicas dari 0-100% dalam masa 20 minit. Terdapat juga pilihan dengan dron terbina tetapi jarak model ini berkurangan ke 560 km/j.
Oleh kerana Han L ialah sebuah SUV, pecutan dari 0 ke 100 km/j mengambil masa 3.9 saat.
Seperti Han L, Tang L turut dilengkapi sistem swapandu DiPilot 300 dengan LiDAR, dan kemampuan parkir automatik.
Di China BYD Tang L dijual pada harga bermula RMB 239,800 (~RM 145,512) dengan terdapat juga versi PHEV.
Topic Berkaitan
#BYD
#sistem pengecasan pantas
#China
#kenderaan elektrik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan