Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil berikutan campur tangan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan tunai dalam sistem kewangan.

Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional jatuh kepada RM30.04 bilion daripada RM33.86 bilion, manakala dalam sistem Islam, ia susut kepada RM6.92 bilion berbanding RM12.89 bilion sebelum ini.

Bank negara turut menjalankan tender pasaran konvensional sebanyak RM30.0 bilion dan tender Qard berjumlah RM6.9 bilion, kedua-duanya untuk wang sehari.

Sebelumnya, BNM telah melaksanakan tiga tender pasaran wang konvensional dan satu Qard.

Kadar rujukan Islam pada 2.95 peratus manakala kadar satu, dua dan tiga minggu, masing-masing berada pada 3.02, 3.07 dan 3.11 peratus. - Bernama