KUALA LUMPUR: Co-opbank Pertama (CBP) mahu terus menjadi institusi perbankan koperasi pilihan utama dalam kalangan 92,000 anggotanya terdiri daripada individu, koperasi dan juga syarikat korporat serta agensi kerajaan.
Pengerusinya Kamari Zaman Juhari berkata institusi kewangan itu akan terus komited dalam membuat perubahan untuk menerokai keperluan pengguna menerusi penawaran produk dan perkhidmatan yang terbaik.
"Sejajar dengan tema Bersama Kita Maju, sempena meraikan ulang tahun penubuhannya ke-71, CBP akan membuka lima outlet khusus bagi pembiayaan Ar-Rahnu sebagai projek perintis dan satu daripadanya telah mula beroperasi di Setapak, sejak Disember 2020.
"Outlet ini bukan sahaja selesa, malah ia menawarkan perkhidmatan yang efisien untuk pelanggan mendapatkan pembiayaan menerusi gadaian emas patuh syariah," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
BACA: Prestasi memberangsangkan dorong CBP buka cawangan baru
BACA: CBP sasar 200 koperasi membabitkan jumlah deposit RM100 juta
Kamari Zaman memberitahu, CBP memiliki kelebihan dari sudut pengalaman pengurusan aktiviti perbankan dengan memberi tumpuan kepada jangkaan pelanggan yang diperlukan oleh masyarakat umum.
"Bermula sebagai koperasi kecil di Kampung Pertama, Permatang Pauh, Pulau Pinang, CBP mengembangkan operasinya di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak dengan jumlah 28 cawangan yang turut terlibat dalam pembangunan sektor ekonomi.
"Berbeza dari institusi kewangan lain, faktor utama kejayaan CBP adalah sokongan berterusan dan keyakinan anggota terhadap penerapan prinsip koperasi untuk menyumbang ke arah pencapaian objektif sosio-ekonomi negara," ujarnya.
Selain itu katanya, usaha mempromosi pelbagai jenis pembiayaan telah diberi keutamaan di masa lepas khususnya aktiviti pembiayaan peribadi kepada guru, kakitangan kerajaan dan orang awam.
"Untuk 2021, CBP akan memperkenalkan beberapa inisiatif baharu bagi meningkatkan deposit runcit dalam mengimbangi sumber dana CBP menerusi Akaun Simpanan-i Salam.
"Akaun simpanan ini menawarkan kadar keuntungan berasaskan berperingkat bermula 1 peratus sehingga 1.75 peratus setahun bergantung kepada jenis akaun dan jumlah simpanan.
"Matlamat utama akaun Simpanan-i Salam adalah untuk memberi galakan dan menarik minat pelanggan dari pelbagai lapisan masyarakat untuk menabung bagi memenuhi keperluan kewangan masing-masing," jelasnya.
Tambahnya, pada akhir Disember 2020, jumlah anggota individu meningkat kepada 91,409, manakala anggota koperasi kepada 733 bersama-sama menyumbang modal syer hampir mencapai RM1 bilion.
"Untuk memastikan CBP sentiasa relevan, pelbagai pendekatan dan perubahan diperkenalkan, khususnya penawaran produk baharu dan perkhidmatan perbankan yang efektif.
"Di antara produk baharu ialah perbankan ejen, pemfaktoran, perbankan takaful, wasiat dan pembiayaan kontrak 100 peratus patuh syariah seiring dengan visi CBP untuk menjadi institusi kewangan terunggul.
"Di samping itu, sokongan kekeluargaan yang berterusan dari satu generasi ke satu generasi juga menjadi faktor pendorong utama masyarakat terus mendapatkan perkhidmatan perbankan dari CBP," katanya.
Katanya lagi, pencapaian keuntungan CBP terus meningkat sebanyak RM52.69 juta bagi 2018 manakala RM73.95 juta dicatatkan pada 2019.
Ujarnya, jumlah penerimaan deposit juga turut meningkat 44.6 peratus dengan jumlah RM4.6 bilion berbanding dengan RM3.18 bilion pada akhir 2019.
"Aset pembiayaan juga meningkat kepada RM3.93 billion berbanding RM3.06 bilion pada 2019. Manakala Kadar Pinjaman Tidak Berbayar kasar (PTB) merekodkan penurunan iaitu 3.57 peratus berbanding 4.2 peratus pada akhir tahun 2019.
"Tahap keyakinan yang tinggi dari kalangan pelabur terhadap syer keanggotaan juga amat memberangsangkan dengan rekod tertinggi syer sebanyak RM957.03 juta.
"Jumlah keanggotaan CBP menokok kepada 92,459 anggota berbanding 91,510 anggota tahun sebelumnya. Kemasukan anggota baru ini terhad dengan keutamaan diberikan kepada pendaftaran keanggotaan di enam cawangan baru sahaja," katanya.
Kamari Zaman mengakui, pencapaian 2020 juga amat bermakna kepada semua anggota CBP berikutan dengan penganugerahan pengiktirafan tempat pertama di dalam indeks 100 Koperasi Terbaik Negara bagi 2020.
"Dengan pengiktirafan ini, CBP akan terus berusaha untuk memperbaiki dan memperkenalkan produk-produk dan perkhidmatan baru yang terbaik kepada pelanggan kami yang terdiri dari individu, koperasi dan korporat.
"CBP komited untuk terus menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi negara dan peneraju kepada pembiayaan koperasi," katanya.
Katanya, tahun 2020 adalah tahun yang mencabar berikutan pandemik COVID-19 yang memberikan impak besar terhadap ekonomi negara termasuk CBP sendiri.
Beliau memberitahu, CBP menyesuaikan diri dalam norma baharu dengan perancangan tersusun dan pelaksanaan strategi perniagaan secara sistematik khususnya peningkatan kecekapan modal dan penerapan perubahan budaya kerja yang bersesuaian dengan keadaan semasa.
"Kemudahan permohonan pemindahan dana secara elektronik menggunakan aplikasi mudah alih ‘MyCoopbank’ turut diperkenalkan bagi membenarkan pelanggan menyemak baki akaun secara atas talian.
"CBP turut memberi keutamaan kepada kebajikan pelanggan kami melalui pemberian moratorium secara automatik dalam fasa pertama dan bersasar dalam fasa dua dan tiga.
"Sejumlah 67,939 akaun pelanggan mendapat manfaat dari pelaksanaan moratorium yang melibatkan jumlah pembiayaan hampir RM3 bilion," katanya.
Tambah Kamari Zaman, CBP turut memainkan peranan untuk membantu kerajaan mencapai matlamat Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TransKoM) 2021-2025.
"CBP sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi mengadakan simposium Transkom pertama yang bakal mengumpulkan seluruh koperasi kredit tempatan.
"Simposium ini dijangka berlangsung pada akhir suku ketiga tahun ini bagi membincangkan pelan rangka panjang Transkom dan CBP menjadi pembiaya utama kepada sektor koperasi," katanya.
Astro Awani
Wed Jun 16 2021
Kamari Zaman memaklumkan, CBP memiliki kelebihan dari sudut pengalaman pengurusan aktiviti perbankan. - Foto CBP
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Peruntukan tebatan banjir Sungai Damansara diluluskan, kurangkan risiko di Sungai Buloh
Peruntukan berjumlah RM481 juta bagi Projek Tebatan Banjir Sungai Damansara telah diluluskan sebagai usaha mengurangkan risiko banjir di kawasan Parlimen Sungai Buloh.
Hanya 10 peratus masjid di Malaysia tubuh koperasi kariah - SKM
Hanya 10 peratus atau 657 daripada lebih 6,000 masjid di seluruh Malaysia menubuhkan koperasi kariah, kata Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Rusli Jaafar.
SKM lulus biaya RM4.48 juta untuk koperasi di Sarawak tahun ini - Awang Tengah
Sebanyak 17 koperasi menerima kelulusan melalui SKM untuk menerima pembiayaan dan bantuan terbabit.
Jualan MADANI Koperasi Usahawan rekod nilai jualan RM4.8 juta setakat 30 Jun - SKM
Jualan MADANI Koperasi Usahawan (JMKU) di seluruh negara merekodkan nilai jualan sebanyak RM4.8 juta setakat 30 Jun lepas.
SKM nafi ada kaitan dengan syarikat ALLSTAR CAPITAL
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menafikan mempunyai sebarang kaitan dengan syarikat ALLSTAR CAPITAL dan syarikat berkenaan juga tidak bernaung di bawah SKM.
Gerakan koperasi membangun pesat hasil kerjasama pelbagai agensi - Ewon
Gerakan koperasi negara membangun pesat hasil kerjasama erat KUSKOP dengan pelbagai agensi antaranya SKM, IKMa dan ANGKASA.
25 bahagian UPKO disaran tubuh koperasi, persatuan untuk atasi kemiskinan
Ewon Benedick menyarankan semua 25 bahagian parti itu menggerakkan usaha menubuhkan sebuah koperasi dan persatuan di daerah masing-masing sebagai usaha mengatasi masalah kemiskinan.
Kerajaan cadang iktiraf SKM sama seperti SPM
Kerajaan bercadang untuk mengiktiraf SKM agar setaraf SPM dalam usaha meningkatkan kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
SKM bangunkan pelan antirasuah, banteras penyelewengan dalam organisasi
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) 2023-2025 sebagai usaha membanteras amalan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam organisasi.
Tetapkan gaji minimum untuk belia berkemahiran - PKPB
Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB) menyaran kerajaan menetapkan gaji minimum kepada golongan belia berkemahiran.