awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia-India perkukuh CSP, dalami kerjasama semikonduktor, pendidikan
Keganasan tercetus dalam protes anti-ICE berhampiran Perkampungan Olimpik di Milan
Hasutan di media sosial: Tiga lelaki India ditahan - Polis KL
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CBP rasmi outlet Ar Rahnu pertama di Gombak

Astro Awani
Astro Awani
29/03/2023
20:15 MYT
CBP rasmi outlet Ar Rahnu pertama di Gombak
Co-opbank Pertama (CBP) merasmikan outlet Ar Rahnunya yang pertama di KL Traders Square, Kuala Lumpur. - Foto CBP
KUALA LUMPUR : Co-opbank Pertama (CBP) merasmikan outlet Ar Rahnunya yang pertama di KL Traders Square, Kuala Lumpur.
Pengerusinya, Datuk Baharom Embi berkata, ia merupakan outlet ‘stand-alone’ pertama CBP dan akan dijadikan sebagai projek rintis untuk melihat kesesuaian serta keberkesananannya.
“Dengan adanya outlet ini, ia dapat membantu CBP meluaskan lagi capaian sasaran pelanggan CBP kepada masyarakat yang berada di sekitar Gombak.
“Saya melihat outlet ini mampu untuk bersaing dengan operator-operator Ar Rahnu yang ada di kawasan sekitar ini kerana kita menawarkan kadar pembiayaan maksima sehingga RM350,000 dan had pembiayaan harian sehingga RM300,000. Dengan kelebihan ini, saya melihat Ar Rahnu CBP mampu untuk bersaing secara sihat dengan yang lain,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Terdahulu, beliau menyempurnakan majlis perasmian outlet Ar Rahnu CBP dan turut dihadiri barisan anggota lembaga, Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar serta pengurusan kanan.
Mengulas lanjut, Baharom berkata, susun atur dan reka bentuk outlet itu akan digunakan bagi pembukaan-pembukaan outlet Ar Rahnu yang akan dibuka di masa akan datang.
“Sebagai sebuah institusi kewangan yang turut berdepan dengan cabaran-cabaran tersendiri, CBP tetap komited memastikan setiap produk dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah berlandaskan Syariah demi memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat,” katanya.
Topic Berkaitan
#Baharom Embi
#CBP
#Ar Rahnu
#outlet pertama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan