awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Celcom, Digi bakal bergabung?

Luqman Hariz
Luqman Hariz
08/04/2021
06:11 MYT
Celcom, Digi bakal bergabung?
Celcom dan Digi kini berada di fasa-fasa terakhir rundingan untuk menggabungkan kedua kedua syarikat itu menjadi satu syarikat telekomunikasi, Celcom Digi Berhad.
KUALA LUMPUR: Dua syarikat telekomunikasi, Celcom dan Digi kini berada di fasa-fasa terakhir rundingan untuk menggabungkan kedua kedua syarikat itu menjadi satu syarikat telekomunikasi, Celcom Digi Berhad.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, syarikat induk Celcom, Axiata Group Berhad mengesahkan akan memegang 51 peratus saham dalam syarikat baharu itu.
Axiata berkata, langkah terbaharu ini adalah bagi menggabungkan skala, infrastruktur, pengalaman dan kekuatan kewangan kedua dua syarikat untuk menawarkan produk dan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan.
Katanya, ia juga untuk mempercepatkan pelaksanaan rangkaian 5G dan memudahkan penyediaan sambungan internet berkelajuan tinggi di seluruh negara, selaras dengan pelan ekonomi digital negara, MYDIGITAL.
Celcom Digi Berhad melantik Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Axiata, Datuk Izzaddin Idris sebagai Pengerusi, Ketua Telenor Bahagian Asia, Jørgen Arentz Rostrup sebagai Timbalan Pengerusi, manakala Idham Nawawi daripada Celcom dan Albern Murty daripada Digi masing masing dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif.
Celcom Digi Berhad akan kekal disenarai awam di Bursa Malaysia.
Axiata menambah, penggabungan ini tidak akan melakukan sebarang pembuangan pekerja Celcom atau Digi secara paksa.
Topic Berkaitan
#celcom
#Digi
#bakal bergabung
#Celcom Digi Berhad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan