CEO Telekom Malaysia letak jawatan

Najib Aroff
Jun 6, 2018 10:08 MYT
Peletakan jawatan Mohammed Shazalli (gambar) berkuat kuasa hari ini. - BERNAMA/Fail
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Telekom Malaysia (TM), Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly, meletak jawatan berkuat kuasa 6 Jun 2018.
Tempat beliau akan dipangku Timbalannya, Datuk Bazlan Osman berkuat kuasa serta-merta.
"TM ingin menghargai segala jasa Datuk Seri Shazalli sepanjang memimpin syarikat," kata TM dalam satu kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, TM tidak menyatakan sebab beliau meletak jawatan.
Mohammed Shazalli sebelum ini merupakan CEO serantau Axiata Group Bhd.
#Axiata Group #bazlan osman #CEO #shazalli ramly #Telekom Malaysia #TM