ChatGPT mula guna mata wang tempatan untuk caj langganan

SELARI dengan pengenalan ChatGPT Go di Malaysia, pihak OpenAI turut mengemas kini penawaran, membolehkan pengguna tempatan melanggan menggunakan caj mata wang tempatan.
Ini sekali gus membolehkan pengguna tempatan melakukan bayaran pada harga sama walaupun berlaku pertukaran pada kadar tukaran mata wang Malaysia ke luar negara.
Melalui kemas kini ini, ia membuatkan ChatGPT Plus ditawarkan pada harga langganan RM99.90 sebulan.
Bagi kebanyakan pengguna yang sedia melanggan ChatGPT Plus dengan harga $20 sebulan, ini boleh dikatakan sebagai peningkatan harga.Mengikut kadar tukaran semasa, $20 adalah sekitar RM84, membuatkan pengguna tempatan perlu membayar tambahan RM15 untuk langganan ChatGPT Plus menggunakan mata wang Ringgit Malaysia.
Selain ChatGPT Plus, versi ChatGPT Pro yang berharga $200 sebelum ini pula kini disenaraikan pada harga RM999.90 sebulan menggunakan mata wang tempatan.
Sementara ChatGPT Go yang baru diperkenalkan ditawarkan pada harga RM38.99 atau $4 mengikut harga antarabangsa yang membawa kepada RM16 mengikut kadar tukaran mata wang semasa, memperlihatkan harganya sekali ganda lebih tinggi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami