Dengan penduduk lebih 1.3 bilion orang, yang merupakan empat kali daripada Amerika Syarikat, China dijangka mengatasi Amerika Syarikat dalam penggunaan peranti pintar dalam beberapa minggu untuk menjadi pasaran peranti pintar utama dunia.

"Pada masa ini, terdapat lebih 200 juta peranti pintar aktif di China, termasuk tablet dan telefon pintar iOS dan Android.

"Jika peranti berdasarkan sistem operasi lain termasuk, angka itu akan hampir 230 juta, yang sama dengan Amerika Syarikat," demikian menurut laman web media milik kerajaan China, People's Daily Online.

Memetik laporan yang dikeluarkan oleh firma pemasaran mudah alih, Flurry, ia berkata banyak pelanggan China akan membeli telefon pintar atau tablet semasa Tahun Baharu Cina, yang akan menjadikan penggunaan peranti pintar di negara ini akan mengatasi di Amerika Syarikat dalam masa beberapa minggu.

Menurut laporan itu, Amerika Syarikat tidak akan mengambil kembali kedudukan utama dari China kerana terdapat perbezaan yang besar dalam penduduk antara kedua-dua negara.