Malaysia dan China hari ini telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi republik itu membeli tambahan 1.9 juta tan minyak sawit Malaysia dengan anggaran nilai RM4.56 bilion bagi tempoh lima tahun (2019-2023).
MoU tersebut ditandatangani di Beijing oleh Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) di bawah Kementerian Industri Utama (MPI) dengan Dewan Perdagangan Bahan Makanan dan Produk Asli China (CFNA) di bawah Kementerian Perdagangan.
Majlis menandatangani MoU itu disaksikan oleh Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri China Li Keqiang.
Objektif utama MoU itu adalah untuk meningkatkan perdagangan dan kerjasama dalam sektor minyak sawit antara China dan Malaysia.
"Nilai ini berdasarkan harga purata minyak sawit pada tahun 2018 sebanyak US$D600 satu tan dan pertukaran mata wang RM4 bagi US$1.
"Antara kandungan utama MoU ini termasuk pelaksanaan program kerjasama dengan membenarkan belian terus minyak sawit dan produk berasaskan sawit yang berjumlah 1.9 juta tan untuk tempoh lima tahun mulai 2019 hingga 2023," kata MPI dalam satu kenyataan akhbar.
Kerjasama tersebut turut melibatkan pelaburan modal dalam kilang biobahan api jet oleh pihak China, tidak kurang daripada RM2 bilion (US$500 juta) dan lelemak tepu RM200 juta (US$50 juta) tertakluk kepada kebolehupayaan pasaran.
"Kita juga akan mengadakan kerjasama dalam menangani isu perdagangan antaranya dengan menggalakkan penggunaan mata wang China, Renminbi bagi perdagangan minyak sawit, tertakluk kepada kelulusan Bank Negara Malaysia dan sebagainya, meneroka bidang dan kerjasama baharu yang berpotensi; dan membuat pelaporan secara berkala di antara kedua-dua pihak," menurut kenyataan itu.
China adalah rakan dagang utama Malaysia bagi minyak sawit dan produk berasaskan sawit selepas Kesatuan Eropah (EU) dan India.
Nilai eksport minyak sawit ke China bagi tahun 2018 adalah sebanyak 3.07 juta tan (RM8.4 bilion).
Pada 23 November 2015, kerajaan Malaysia dan kerajaan China telah menandatangani Perjanjian Program Kerjasama Untuk Meningkatkan Kerjasama Perdagangan, Ekonomi dan Pelaburan Dua Hala (Perjanjian Perdagangan) dan Perjanjian Meningkatkan Kerjasama Dalam Kapasiti Pengeluaran dan Pelaburan (Perjanjian Kapasiti Pengeluaran dan Pelaburan) di Putrajaya.
Namun begitu, nilai eksport minyak sawit ke China bagi tahun 2018 telah menunjukkan penurunan sebanyak 10.8 peratus berbanding tahun 2017.
Kajian semula ke atas MoU ini hanya boleh dilaksanakan selepas tiga tahun dari tarikh kuat kuasa.
Bernama
Thu Apr 25 2019
Namun begitu, nilai eksport minyak sawit ke China bagi tahun 2018 telah menunjukkan penurunan sebanyak 10.8 peratus berbanding tahun 2017. - Gambar fail
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Lima cedera dalam tembakan di luar kelab malam di Washington
Lima cedera dalam insiden tembakan di luar sebuah kelab malam di Washington, Amerika Syarikat pada lewat Jumaat.
Potensi dilanda tsunami, pihak berkuasa tingkatkan amaran
Pihak berkuasa Indonesia tingkatkan lagi amaran Gunung Ruang di Sulawesi dengan mengeluarkan amaran tsunami susulan berlakunya sekali lagi letusan gunung ruang di wilayah Sulawesi utara pada Rabu.
Houthi tembak Kapal Tangki Minyak Andromeda Star di Laut Merah
Kumpulan Houthi terus melancarkan serangan ke atas kapal komersial di Laut Merah dan terbaharu serangan peluru berpandu mengenai kapal tangki minyak Andromeda Star.
Ratusan rumah, bangunan rosak dibadai puting beliung
Ratusan rumah, bangunan dan ladang ternakan di Omaha, Nebraska rosak akibat kejadian Puting beliung yang membadai kawasan itu pada petang Jumaat.
Hamas sudah terima maklum balas Israel mengenai cadangan gencatan senjata
Rundingan sebelum ini pada November lepas menyaksikan pembebasan 81 rakyat Israel dan 24 warga asing dengan pertukaran 240 warga Palestin termasuk 71 wanita dan 169 kanak-kanak.
95 kanak-kanak mangsa diselamatkan di India
Seramai 95 kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun diselamatkan di Uttar Pradesh di utara India, dipercayai mangsa pemerdagangan manusia dari negeri jiran, Bihar.
Pesara tentera diminta kemaskini data di JHEV
Jelas Adly setakat ini lebih 213 ribu veteran berdaftar dengan jabatan tersebut, berbanding sekitar 300,000 yang telah bersara dalam perkhidmatan.
10 Berita Pilihan - (27 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Rizab Antarabangsa BNM berjumlah AS$113.4 bilion pada 15 April 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$113.4 bilion pada 15 April, 2024 berbanding dengan US$113.8 bilion pada 29 Mac, 2024.
BNM sedia guna instrumen, pastikan pasaran kewangan Malaysia kekal teratur
Operasi pasaran BNM akan memastikan mudah tunai yang memadai serta pasaran pertukaran asing berfungsi secara teratur.
Rizab antarabangsa BNM AS$113.8 bilion
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$113.8 bilion pada 29 Mac 2024.
Pemecatan salah: Bekas pengurus menang saman terhadap BNM
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa pemecatan bekas pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) kerana menyertai aktiviti politik pada 2016 sebagai tidak sah dan menyalahi undang-undang.
Aset rizab rasmi Malaysia AS$114.28 bilion akhir Februari 2024 - BNM
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$114.28 bilion pada akhir Februari 2024 manakala aset mata wang asing lain adalah US$202.69 juta (US$1=RM4.73), kata Bank Negara Malaysia (BNM).
OPR Malaysia dijangka kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2024 - PIVB Research
Ini selaras dengan pandangan BNM bahawa tahap OPR semasa mencerminkan pendirian dasar monetari yang menyokong serta kondusif kepada ekonomi.
Jualan asing di Bursa Malaysia susut 24.4 peratus minggu lepas
MIDF Research berkata pelabur asing merupakan penjual bersih dari Isnin hingga Rabu, menjual ekuiti bernilai RM757.5 juta.
Ringgit dibuka rendah sedikit menjelang pengumuman data IHP
Pada 9.05 pagi, ringgit turun kepada 4.7390/7430 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7340/7390 pada Jumaat minggu lepas.
Inflasi kos perubatan dorong peningkatan kadar premium insurans - Timbalan Menteri Kewangan
Inflasi kos perubatan tinggi dan trend penggunaan perkhidmatan kesihatan yang semakin meningkat merupakan antara faktor utama yang mendorong peningkatan kadar premium MHIT.
Bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 ditemukan, polis kesan pemilik
Seorang pengawal keselamatan menemukan sebuah bagasi berisi wang tunai berjumlah lebih RM500,000 di tempat letak kereta di sebuah pusat beli-belah di Damansara pagi semalam.