awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan kelemahan dolar
Jumlah mangsa banjir di Pahang berkurangan
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ismanira tidak dibenar tangguh hukuman penjara lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China kenakan duti sementara sehingga 42.7% ke atas produk tenusu EU

Astro Awani
Astro Awani
23/12/2025
00:00 MYT
China kenakan duti sementara sehingga 42.7% ke atas produk tenusu EU
Kebanyakan syarikat dijangka membayar sekitar 30 peratus dengan kutipan duti bermula Selasa. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: China akan mengenakan duti sementara sehingga 42.7 peratus ke atas produk tenusu tertentu yang diimport dari Kesatuan Eropah (EU), selepas menamatkan fasa pertama siasatan anti-subsidi yang dilihat sebagai tindakan balas terhadap tarif kenderaan elektrik oleh blok berkenaan.
Langkah itu melibatkan produk seperti susu dan keju termasuk keju biru ikonik Perancis, Roquefort dengan kadar duti antara 21.9 hingga 42.7 peratus.
Memetik laporan Reuters, kebanyakan syarikat dijangka membayar sekitar 30 peratus dengan kutipan duti bermula Selasa.
Suruhanjaya Eropah setakat ini belum memberikan sebarang maklum balas berhubung keputusan tersebut.
Keputusan pada Isnin ini bersifat sementara dan boleh disemak semula apabila keputusan muktamad dibuat.
Minggu lalu, China menurunkan kadar duti sementara ke atas daging babi dalam keputusan akhir.
Ketegangan perdagangan antara EU dan China tercetus sejak 2023 apabila Suruhanjaya Eropah memulakan siasatan anti-subsidi terhadap kenderaan elektrik buatan China.
Sebagai tindak balas, Beijing mengenakan tarif ke atas import brandi, daging babi dan kini produk tenusu.
Bagaimanapun, seperti dalam kes daging babi, China beberapa kali mengurangkan kesan tarif termasuk memberi pengecualian sebahagian kepada pengeluar brandi utama seperti Pernod Ricard, LVMH dan Remy Cointreau.
Kementerian Perdagangan China memaklumkan rundingan berhubung tarif EV disambung semula bulan ini, namun tiada pengumuman selepas tarikh akhir rundingan minggu lalu.
China mengimport produk tenusu bernilai AS$589 juta yang terlibat dalam siasatan ini pada 2024, hampir sama dengan nilai tahun sebelumnya.
Topic Berkaitan
#Kesatuan Eropah
#China
#duti produk tenusu
#import
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan