BUSINESS
China menang rundingan tarif - Penganalisis
Baharom berkata sebarang kata putus mengenai rundingan tarif AS-China tidak menjejaskan peluang ekonomi dan perdagangan negara. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Hasil rundingan tarif antara Amerika Syarikat (AS) dan China hakikatnya merupakan kemenangan kepada China.
Ringkasan AI
Penganalisis Ekonomi INCEIF University, Prof. Dr. Baharom Abdul Hamid berkata, hasil perundingan itu juga lebih kepada memenuhi kehendak susulan tekanan yang diterima oleh pentadbiran AS di peringkat domestik.
“Selepas tekanan demi tekanan disuarakan, akhirnya Presiden AS, Donald Trump terpaksa mengalah. Walaupun pihak Amerika menyifatkan (hasil rundingan tarif dengan China) sebagai satu kemenangan.
“Tetapi saya lihat ini satu kemenangan kepada China yang selama ini agak tenang. China tahu negara yang paling merasai kesan tarif ialah AS.
“Bagaimana dengan Malaysia? Keadaan Malaysia tidak berubah, daripada awal sehingga sekarang,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Selasa.
Mengulas lanjut mengenai kedudukan Malaysia, Baharom berkata sebarang kata putus mengenai rundingan tarif AS-China tidak menjejaskan peluang ekonomi dan perdagangan negara.
“Jika China dikenakan tarif yang tinggi, maka kita berpeluang menjadi pengganti (kepada China). Kita boleh menjadi destinasi penempatan semula industri yang hendak mengelak daripada terkesan dengan tarif dan mendapatkan tarif lebih rendah daripada China.
“Jika kekal (tarif pada kadar semasa - 30 peratus ke atas barangan China ke AS), kita juga tidak rugi kerana kita merupakan negara pembekal barangan pertengahan dan komponen-komponen kepada China.
“Dalam kedua-dua situasi, kita tidak akan rugi. Kita cuma perlu tunggu dan lihat untuk optimumkan keuntungan,” katanya.
AS dan China pada Isnin mengumumkan pengurangan tarif import timbal balik selepas mengadakan rundingan di Geneva.
AS menurunkan tarif ke atas barangan dari China daripada 145 peratus kepada 30 peratus. Manakala China menurunkan tarif ke atas barangan dari AS daripada 125 peratus kepada 10 peratus. Persetujuan itu untuk tempoh 90 hari.
Ringkasan AI
- Kemenangan kepada China: Penganalisis melihatnya sebagai kemenangan kepada China kerana negara tersebut tetap tenang dan tahu AS yang paling terkesan oleh tarif. Tekanan domestik AS: Rundingan ini lebih kepada memenuhi kehendak susulan tekanan yang diterima oleh pentadbiran AS di peringkat domestik, menyebabkan Trump terpaksa mengalah. Kedudukan Malaysia: Malaysia berpotensi menjadi pengganti kepada China jika tarif dikenakan tinggi, atau terus menjadi pembekal barangan pertengahan dan komponen kepada China jika tarif kekal.