awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CIMB Bank beli 16 hartanah KWSP pada harga tunai RM210 juta

Bernama
Bernama
02/05/2025
23:30 MYT
CIMB Bank beli 16 hartanah KWSP pada harga tunai RM210 juta
CIMB Bank telah memajak 24 hartanah daripada KWSP di bawah perjanjian pajakan bertarikh 30 Disember, 2009, yang akan tamat pada 30 Jun, 2025. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: CIMB Bank Bhd, anak syarikat milik penuh CIMB Group Holdings Bhd, akan membeli 16 hartanah daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada harga tunai RM209.81 juta.
Dalam makluman di Bursa Malaysia pada Jumaat, CIMB Group berkata, CIMB Bank telah memajak 24 hartanah daripada KWSP di bawah perjanjian pajakan bertarikh 30 Disember, 2009, yang akan tamat pada 30 Jun, 2025.
"Pada 30 April, 2025, CIMB Bank memeterai 16 perjanjian jual beli (SPA) untuk memperoleh 16 daripada 24 hartanah ini daripada KWSP, yang kini digunakan oleh CIMB Bank untuk perniagaan perbankannya.
"Dengan ini, CIMB Bank telah menamatkan perjanjian pajakan dengan KWSP," katanya.
CIMB Group berkata, transaksi itu akan menyokong strategi CIMB Bank dan mencapai peningkatan keuntungan dan kerugian yang menggalakkan pada 2025.
Selain daripada transaksi berkenaan, CIMB Group berkata, CIMB Bank juga bersetuju untuk membeli semula lapan hartanah yang tinggal pada harga yang telah ditetapkan berdasarkan penilaian yang diberikan oleh penilai bebas sekiranya KWSP tidak dapat menjual lapan hartanah itu kepada pihak ketiga.
"Obligasi untuk membeli semula hartanah yang tidak terjual oleh CIMB Bank adalah selaras dengan terma-terma perjanjian pajakan," tambahnya.
Tanpa sebarang keadaan yang di luar jangka, transaksi itu akan diselesaikan di antara suku keempat 2025 dan suku pertama 2026.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#CIMB
#hartanah KWSP
#perjanjian pajakan
#perjanjian jual beli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan