BISNES
CIMB lancar OCTO Biz, perkasa PKS ASEAN ke arah transformasi digital
Novan Amirudin (dua kiri) berkata, pelancaran ini menandakan langkah penting serta komitmen CIMB menjadi bank berorientasikan digital utama di rantau ini. - Foto CIMB
KUALA LUMPUR: Pelancaran platform perbankan digital baharu, CIMB OCTO Biz membantu dalam usaha pemerkasaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di seluruh rantau ASEAN ke arah transformasi digital.
Ringkasan AI
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Novan Amirudin berkata, pelancaran itu mencerminkan komitmen CIMB untuk menjadi pemangkin strategik kepada pertumbuhan dan keterangkuman kewangan di rantau ini.
“Platform ini merupakan sebahagian daripada strategi digital CIMB untuk menawarkan penyelesaian perbankan yang lebih pintar, inklusif dan mudah diakses bagi semua segmen pelanggan daripada pengguna individu hinggalah ke korporat dan agensi kerajaan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media semasa pelancaran CIMB OCTO Biz sempena Forum Ekonomi PKS ASEAN CIMB 2025, di sini, pada Khamis.
Pelancaran berkenaan disempurnakan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Mengulas lanjut, Novan berkata, pelancaran ini menandakan langkah penting serta komitmen CIMB menjadi bank berorientasikan digital utama di rantau ini.
“Sepanjang beberapa tahun lalu, kami telah memperkenalkan pelbagai inovasi digital seperti dompet elektronik Touch ‘n Go dan aplikasi perbankan OCTO untuk pengguna runcit,” ujarnya.
Kata beliau, maklum balas positif oleh pengguna mendorong CIMB membangunkan platform khusus untuk perniagaan OCTO Biz bagi membolehkan perkhidmatan syarikat lebih efisien, mencapai lebih ramai pelanggan serta menggalakkan keterangkuman di seluruh rantau ASEAN.
“Matlamat CIMB adalah bagi melengkapkan perniagaan dan komuniti dengan keupayaan serta pandangan yang diperlukan bagi menghadapi persekitaran ekonomi yang dinamik,” katanya.
Setakat ini, lebih separuh pelanggan PKS CIMB telah menggunakan platform OCTO Biz dengan nilai transaksi mencecah RM17 bilion melibatkan tujuh juta urus niaga sepanjang tahun ini.
Selepas dilancarkan di Malaysia, CIMB OCTO Biz akan diperluas ke Indonesia dan Singapura menjelang separuh pertama 2026, diikuti Kemboja dan pasaran ASEAN lain secara berperingkat.
Ringkasan AI
- CIMB lancar platform perbankan digital OCTO Biz untuk memperkasa PKS di ASEAN, memacu transformasi digital dan keterangkuman kewangan.
- Lebih separuh pelanggan PKS CIMB sudah guna OCTO Biz, dengan nilai transaksi mencecah RM17 bilion melibatkan tujuh juta urus niaga tahun ini.
- Platform akan diperluas ke Indonesia dan Singapura menjelang 2026, diikuti Kemboja dan pasaran ASEAN lain secara berperingkat.