BISNES
CIMB lanjut penangguhan pembayaran kepada pelanggan terjejas akibat banjir di Sabah
CIMB berkata pelan tersebut direka bagi meringankan cabaran kewangan yang dihadapi oleh pelanggan individu serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sepanjang tempoh sukar ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: CIMB Bank Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd sekali lagi menegaskan pelan bantuan banjir CIMB masih tersedia bagi menyokong pelanggan yang terjejas akibat banjir di Sabah baru-baru ini.
CIMB Bank dalam satu kenyataan hari ini berkata pelan tersebut yang tersedia di seluruh negara direka bagi meringankan cabaran kewangan yang dihadapi oleh pelanggan individu serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sepanjang tempoh sukar ini.
"Pelanggan yang terjejas akan diberikan penangguhan bayaran selama enam bulan ke atas kemudahan pinjaman dan pembiayaan. Caj lewat dan yuran akan dikecualikan bagi memastikan mereka yang terjejas dapat mengakses proses permohonan dipermudahkan yang hanya memerlukan maklumat dan dokumen asas.
"Bagi pelanggan PKS yang memerlukan sokongan tambahan, kemudahan bantuan bencana sehingga RM700,000 juga disediakan bagi membantu keperluan aliran tunai," katanya.
Selain itu, CIMB Bank akan mengecualikan caj bagi penggantian kad kredit dan debit, buku simpanan yang rosak, cek jurubank serta permintaan penyata.
CIMB Islamic juga bekerjasama dengan rakan insuransnya bagi memastikan pemprosesan tuntutan insurans dipercepatkan di kawasan yang terjejas.
Pelanggan individu boleh memohon pelan bantuan banjir CIMB dengan menghubungi Pusat Perhubungan CIMB di +603 6204 7788.
Pelanggan PKS pula boleh memohon secara dalam talian melalui www.cimb.com.my/frap manakala pelanggan bukan PKS dan pelanggan korporat boleh menghubungi pengurus perhubungan mereka bagi membincangkan pilihan yang tersedia.
CIMB Bank menegaskan permohonan juga diterima di cawangan CIMB. Pelanggan dinasihatkan untuk menyemak ketersediaan cawangan melalui halaman "Locate Us" di www.cimb.com.my.
"Rakan insurans dan pengendali takaful CIMB, Berjaya Sompo Insurance Bhd dan Takaful Ikhlas General Bhd mengaktifkan talian hotline masing-masing bagi membantu pemegang polisi serta peserta," katanya.
Untuk maklumat lanjut, pelanggan yang ingin membuat tuntutan boleh menghubungi terus talian hotline Berjaya Sompo di 1800-18-8010 untuk bukan kenderaan bermotor serta 1800-18-8033 bagi bantuan tepi jalan Rakan Auto.
Kedua-duanya tersedia 24 jam sehari, tujuh hari seminggu.
Talian hotline Takaful Ikhlas di 03-2723 9696 dibuka Isnin hingga Jumaat dari 8:30 pagi hingga 5:00 petang.
-- BERNAMA