awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CIMB lantik Novan Amirudin sebagai CEO CIMB Investment Bank

Bernama
Bernama
16/06/2023
11:54 MYT
CIMB lantik Novan Amirudin sebagai CEO CIMB Investment Bank
CIMB Group Holdings Bhd mengumumkan pelantikan Novan Amirudin sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CIMB Investment Bank Bhd. - Foto CIMB
KUALA LUMPUR: CIMB Group Holdings Bhd mengumumkan pelantikan Novan Amirudin sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CIMB Investment Bank Bhd, iaitu anak syarikat milik penuhnya berkuat kuasa 15 Jun, 2023.
CIMB Investment Bank juga adalah sebahagian daripada perniagaan perbankan borong kumpulan itu, yang mana Novan adalah CEO bersama.
Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, kumpulan itu berkata Novan mengambil alih peranan daripada Jefferi Hashim, yang mana tanggungjawabnya telah difokuskan semula dan diperluaskan sebagai ketua kumpulan, ketua dan perbankan swasta, penasihat dan penyelesaian ESG, perbankan borong kumpulan CIMB Group.
Ia berkata Jefferi akan terus melaporkan kepada Novan dalam peranan baharunya, manakala Nor Masliza Sulaiman akan meneruskan jawatan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Investment Bank dan ketua kumpulan perbankan pelaburan.
"Novan berpengalaman hampir 20 tahun dalam perbankan pelaburan dan kewangan korporat di seluruh ASEAN, dengan pengalaman luas dalam liputan pelanggan, penggabungan dan pemerolehan, tawaran awam, penempatan persendirian, penyelesaian derivatif dan pembiayaan bank.
"Sebelum menyertai CIMB, beliau bersama JP Morgan sebagai ketua pasaran modal ekuiti, Asia Tenggara dan ketua perbankan pelaburan, Malaysia," kata kumpulan itu.
Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata pelantikan Novan menerajui CIMB Investment Bank akan memastikan pengawasan dan tumpuan yang lebih baik selaras dengan pelan strategik Forward23+.
"Berdasarkan rekod prestasi kami dalam pelaksanaan dan penyampaian yang cemerlang untuk pelanggan di seluruh ASEAN, kami akan menumpukan kepada pertumbuhan agresif perniagaan pengurusan kekayaan serta produk dan perkhidmatan kewangan mampan kami, mencerminkan permintaan dan peluang yang meningkat dengan pesat dalam bidang-bidang utama ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cimb group
#Novan Amirudin
#CEO
#CIMB Investment Bank
#pelantikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan