CIMB mulakan urus niaga pelaburan, pembrokeran di India

Astro Awani
April 15, 2013 06:47 MYT
CIMB Group memulakan urus niaga perbankan pelaburan dan pembrokeran di Mumbai, India selepas menerima lesen pembrokeran saham dari Lembaga Sekuriti dan Bursa India.
CIMB berkata wakil negara bagi India, Devesh Kumar akan mewakili pasukan 60 orang petugas di India, yang menawarkan perbankan pelaburan, pembrokeran dan penyelidikan ekuiti bagi kedua-dua pelanggan domestik dan antarabangsa.
Ikuti laporan di sediakan Astro Awani.
#CIMB #India #Mumbai #pembrokeran #perbankan