awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CIMB: Tiada potongan pekerja untuk 2016

Malik Ridhwan
Malik Ridhwan
18/01/2016
10:04 MYT
CIMB: Tiada potongan pekerja untuk 2016
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata Kumpulan CIMB tidak akan melaksanakan Skim Pemberhentian Bersama (MSS) tahun ini. - Foto BERNAMA
Kumpulan CIMB tidak akan memberhentikan pekerjanya bagi kakitangan di Malaysia dan Indonesia bagi tahun 2016.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata syarikat perbankan itu tidak akan melaksanakan Skim Pemberhentian Bersama (MSS) tahun ini.
Menurut Tengku Zafrul, kumpulan itu sebaliknya akan memberi fokus kepada meningkatkan produktiviti syarikat.
Ini bagi mengelakkan berlakunya pemberhentian pekerja di CIMB Group Holdings Berhad dan unitnya di Indonesia PT Bank CIMB Niaga.
“Kita tidak akan adakan MSS atau pemberhentian pekerja di Malaysia dan Indonesia tahun ini. Fokus kami adalah untuk meningkatkan produktiviti dan meneruskan agenda T-18 kami,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah CIMB ASEAN Stock Challenge 2015 di Bursa Malaysia pada Isnin.
CIMB pada Mei tahun lepas telah melaksanakan MSS untuk operasinya di Malaysia dan Indonesia yang mana lebih 3,000 pekerja dilepaskan daripada jawatannya.
Pada Jumaat, 32 kakitangan CIMB di cawangan pelaburan dan ekuitinya di Hong Kong diberhentikan susulan kemerosotan dalam perniagaan serantau.
Pemberhentian tersebut adalah sebahagian daripada program tiga tahun untuk memulihkan pertumbuhan pendapatan dengan menstrukturan semula kos operasi dan meningkatkan keberkesanan operasi.
Walau bagaimanapun, CIMB tidak akan berganjak daripada perbankan pelaburan dan ekuiti di Asia Utara.
Pemotongan berkenaan mewakili 20 peratus kakitangan di rantau tersebut, meninggalkan sejumlah 110 orang yang masih berkhidmat di cawangan pelaburan dan ekuiti di Hong Kong.
Topic Berkaitan
#ASEAN Stock Challenge
#CIMB
#Tengku Datuk Seri Zafrul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan