awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelancaran PlayStation 6 dijangka ditangguh selepas 2027 akibat kekurangan RAM
Meta dilapor beli Manus pada nilai lebih AS$2 bilion, perkhidmatan kekal beroperasi
[KOLUMNIS] Senyap tetapi berimpak, fungsi berterusan universiti memperkasa komuniti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Co-opbank Pertama bakal perkenal skim bantu B40 miliki rumah

Astro Awani
Astro Awani
28/08/2020
06:00 MYT
Co-opbank Pertama bakal perkenal skim bantu B40 miliki rumah
Dari kiri, Nor Hidayah, Mohd Shapie, Kamari Zaman, Clarence Tami, Mohd Nor Abd Razak dan Dr Jamilah pada Majlis Penyerahan Kunci Pangsapuri #M4M. - Sumber foto CBP
Co-opbank Pertama (CBP) bakal memperkenalkan program ekuiti perumahan atau pinjaman ekuiti bagi membolehkan lebih ramai rakyat negara ini terutama golongan B40 memiliki rumah.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Nor Abd Razak berkata, skim ekuiti yang bakal diperkenalkan pada pertengahan Oktober ini merupakan kolaborasi bersama sebuah organisasi bertujuan memberikan kemudahan pemilikan rumah kepada golongan sasaran itu,
Katanya, pihak CBP membangunkan skim khusus itu menerusi kaedah pengumpulan maklumat mengikut kesesuaian supaya menepati senario perumahan di negara ini.
"CBP akan memeterai perjanjian persefahaman (MoU) dengan entiti organisasi dinyatakan bagi meninjau kaedah pembiayaan perumahan untuk menggalakkan pemilikan rumah dalam kalangan golongan sasaran.
"Skim perumahan bagi golongan B40 ini akan dilancarkan pada suku pertama tahun hadapan dengan harapan ia dapat meningkatkan pemilikan rumah dalam kalangan mereka," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Jumaat.
Terdahulu, beliau hadir ke Majlis Penyerahan Kunci Pangsapuri kepada Pemenang Kempen Money for Money (#M4M), Clarence Tami, di Butterworth, Pulau Pinang.
Turut hadir, Pengerusinya, Kamari Zaman Juhari; Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah, Nor Hidayah Omar; Anggota Lembaga Koperasi; Mohd Shapie Idris dan Datin Seri Paduka Dr Jamilah Din.
Sementera itu, Kamari Zaman berkata kempen itu memberi peluang kepada pelanggan menyatukan syer komitmen kewangan di bawah pembiayaan peribadi CBP dengan kadar faedah serendah 3.9 peratus.
"Penyatuan komitmen ini dapat memberi kebebasan kewangan kepada pelanggan apabil komitmen disatukan dalam satu akaun pembiayaan," katanya.
Kempen #M4M berlangsung selama enam bulan bermula 15 Ogos 2019 sehingga 15 Februari lalu.
Sepanjang tempoh kempen berkenaan, setiap pembiayaan persendirian yang diluluskan layak menyertai cabutan bertuah untuk memenangi sebuah pangsapuri bernilai RM100,000; pakej umrah atau pelancongan dan telefon pintar.
Sementara itu, pengurus pembinaan dari Sabah, Clarence Timi, 46 tahun berkata, kemenangan itu adalah hadiah sambutan kemerdekaan paling istimewa baginya.
Bapa tiga anak itu mula menjadi pelanggan CBP pada tahun lalu bagaimanapun masih terkejut selepas dinobatkan sebagai pemenang cabutan bertuah dan menerima rumah pangsapuri bernilai RM82,000.
"Saya memang tidak menjangkakan rezeki terpijak ini dan masih dalam perancangan untuk menjadikan rumah ini sebagai aset," katanya.
Topic Berkaitan
#B40
#CBP
#Co-opbank Pertama
#Dr Jamilah Din
#Kamari Zaman Juhari
#M4M
#Mohd Shapie Idris
#MoU
#Nor Hidayah Omar
#pelancongan
#rakyat
#rumah
#umrah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan