Pengeluar penulen udara dan penapis air terbesar Korea Selatan, Coway Co. Ltd, bakal melancarkan sebuah produk khusus untuk pasaran Malaysia.
Ombak, penapis air direka khas dengan kapasiti tangki terbesar di pasaran, dilengkapi tetapan suhu sehingga 50 kombinasi.
Ombak direka bagi memenuhi keperluan harian rakyat Malaysia daripada membancuh kopi kepada merebus telur dengan sempurna sehinggalah memanaskan susu bayi.
Ini kerana Ombak membolehkan pengguna menetapkan suhu air yang diinginkan sehingga 90 darjah Celcius, tanpa perlu mencampurkan air panas dan air sejuk secara manual.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Coway, Harri Lee Hae Sun, Ombak mampu menjadi penyelesaian kepada permasalahan pengguna untuk mendapatkan suhu air yang sempurna.
“Model ini memberi tumpuan kepada keadaan air Malaysia dan kami menerapkan perkhidmatan CODY kami di pasaran Malaysia. Pasukan CODY kami yang terdiri daripada rakyat Malaysia akan menyumbang kepada perkhidmatan berkaitan kesihatan di Malaysia.
"Ombak akan menyelesaikan penggunaan air yang berbeza seperti air suam. Jadi kami telah menambahbaik kepada model ini, hanya untuk memberi tumpuan kepada pasaran Malaysia dan yakin ia akan menjadi kejayaan yang besar di Malaysia," katanya kepada wartawan Malaysia dalam lawatan ke pusat penyelidikan dan pembangunan Coway di sini baru-baru ini.
Selain Malaysia, produk seperti ini juga sesuai digunakan di pasaran Asia lain.
“Perbezaan terbesar antara produk ini dan produk Korea lain adalah jumlah air panas. Kami memulakan penggunaan air panas di Korea dan di Malaysia.
Jadi produk baru ini direka untuk pasaran dengan penggunaan air panas dan kami membangunkan produk ini untuk Malaysia tetapi bukan sahaja untuk Malaysia, kami juga melihat potensi produk serupa di pasaran Asia yang lain, kata Ketua Pegawai Pemasaran Coway Co. Ltd., Park Yong Joo.
Pemasangan Ombak dilakukan sepenuhnya di kilang Coway di Yugu.
Kesemua proses pembuatan dan pemasangan di kilangnya juga mendapat sijil akreditasi halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Ombak akan dilancarkan di Malaysia pada 7 November ini.
Meneroka pasaran Malaysia
Dalam pada itu, Coway merancang untuk terus teroka pasaran Malaysia, didorong prestasi kukuh selepas unitnya Coway (M) Sdn Bhd mencatatkan jualan sebanyak RM790 juta tahun lalu, meningkat 55 peratus berbanding 2016.
Dengan sekitar 800,000 pelanggan di Malaysia ketika ini syarikat itu kini berada pada landasan tepat untuk mencapai satu juta pelanggan hujung tahun ini.
Tembusi pasaran Islam
Coway turut merancang menjadikan Malaysia hab bagi Asia Tenggara untuk kawalan berpusat.
Ia juga dijadikan langkah permulaan untuk menembusi pasaran Islam global.
Kata Yong Joo, hasrat ini mampu direalisasikan apabila Coway membuka kilang di Malaysia, yang dijangkakan menjelang 2020.
“Saya berkesempatan untuk bertemu MIDA baru-baru ini dan seperti anda tahu Malaysia sangat mesra kepada pelabur asing. Mereka kerap kali meminta saya untuk menubuhkan sebuah kilang di Malaysia dan kami sedang mempertimbangkannya kerana kita sudah mempunyai satu di China.
“Saya terus meyakinkan CEO kami bahawa Malaysia adalah tempat terbaik untuk menubuhkan kilang. Kami sudah mencapai satu juta pelanggan dan berapa banyak penapis yang perlu kita gunakan di pasaran Malaysia sahaja.
“Itulah sebabnya kita masih berbincang bila masa yang tepat dan di mana lokasi paling sesuai untuk menubuhkan kilang dan jika boleh, menjelang 2020, ia dapat direalisasikan,” katanya.
Jelas Yong Joo, pengukuhan perniagaan di Malaysia, mampu meyakinkan negara-negara Islam seperti Indonesia dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) bagi coway menapak secara meluas di negara tersebut.
“Malaysia secara geografi adalah pusat kepada negara-negara Asia Tenggara. Di bahagian utara Malaysia terdapat Thailand dan Vietnam manakala di selatan terdapat Singapura, Indonesia dan Australia.
"Jadi ini adalah antara negara-negara Islam dan kami ingin menjadikan Malaysia pintu masuk untuk kami memperluaskan pasaran kami ke Indonesia dan juga negara-negara Timur Tengah.
“Malah kami sudah mempunyai rancangan untuk menubuhkan satu lagi cawangan luar negara di Indonesia tahun depan. Itulah sebabnya sijil halal kami akan memudahkan kami untuk menembusi pasaran Indonesia dan negara-negara Timur Tengah,” katanya.
Coway ketika ini mempunyai tiga kilang pengeluaran di Korea iaitu di Yugu, Incheon dan Pocheon manakala satu-satunya kilang di China terletak di Guangzhou.
Malik Ridhwan
Tue Oct 30 2018
(Dari kiri) Pengarah Bahagian Perniagaan Global Coway Co. Ltd, James Park, Yong Joo, Harri Lee dan Ketua Pegawai Teknologi & Ketua Pusat R&D Coway, Lee Sun Yong memperkenalkan Ombak kepada media Malaysia di Seoul. - Astro AWANI/Malik Ridhwan
AWANI Borneo [14/12/2024] – Kecewa PN mahu sertai PRN17 | Demi kekukuhan PBB | Hidrogen mesra alam
AWANI Borneo Sabtu, 14 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
1. SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
2. Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
3. Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hydrogen
1. SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
2. Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
3. Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hydrogen
Hanya 47 mangsa banjir direkodkan di Johor, Pahang
Jumlah mangsa banjir terus berkurangan kepada 47 orang sahaja setakat 7 malam berbanding 305 mangsa tengah hari.
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
Coway perkenal Ombak, menepati keperluan rakyat Malaysia
Pengeluar penulen udara dan penapis air terbesar Korea Selatan, Coway Co., Ltd, bakal melancarkan sebuah produk khusus untuk pasaran Malaysia.