awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CPPS ASLI antara 10 panel pemikir terunggul di dunia

Bernama
Bernama
24/01/2013
07:15 MYT
CPPS ASLI antara 10 panel pemikir terunggul di dunia
Pusat Kajian Dasar Awam (CPPS) Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) menduduki tempat ketujuh terbaik di Asia dalam kaji selidik 'Global Go To Think Tank Rankings'.
Dalam kenyataan Rabu, ASLI berkata pusat itu menduduki tempat kesembilan dalam senarai dua puluh panel pemikir terbaik di dunia, dalam kategori bajet yang kurang daripada US$5 juta. (RM17 juta)
Kata ASLI 'Global Go To Think Tank Rankings', satu kaji selidik yang dikendalikan oleh Program Persatuan Awam Panel Pemikir di University of Pennsylvania, itu disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Pengerusi CPPS, Tan Sri Ramon Navaratnam, berkata menyaksikan pusat ini mencapai kedudukan sedemikian tinggi dalam kalangan yang terbaik di dunia dengan sumber kewangan dan tenaga manusia yang terhad adalah sesuatu yang amat menyenangkan.
Pengarah/Ketua Pegawai Eksekutif ASLI, Tan Sri Michael Yeoh, berkata institut itu akan terus menyokong CPPS dan berusaha mengekalkan standard profesional dan beretika tinggi dalam menjalankan tugasnya.
Topic Berkaitan
#CPPS ASLI
#Kajian
#Tan Sri Ramon Navaratnam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan